KUALA LUMPUR:Seramai 438 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu beliau juga memaklumkan seramai 10,321 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 43 didapati positif COVID-19.

Berikut ialah lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Februari, 2021:

1) Sebanyak 107 operasi sanitasi awam telah dilaksanakan.

2) Op Benteng menjalankan sebanyak 535 Sekatan Jalan Raya (SJR).

3) Seramai 589 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

4) Penguatkuasaan CIDB melakukan sebanyak 57 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.

5) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 hingga 24 Februari.

BACA: PKPD di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 hingga 24 Feb