awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima rumah terbakar di Sibu, seorang rentung

Mohd Surfri Affendi
Mohd Surfri Affendi
29/03/2021
00:32 MYT
Lima rumah terbakar di Sibu, seorang rentung
Tiga jentera dan dua ambulans EMRS dengan kekuatan 24 anggota dikerah ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai Merah. - Astro AWANI
SIBU: Seorang lelaki ditemui rentung dalam insiden kebakaran membabitkan lima kediaman di Lorong 13, Jalan Tiong Hua di sini awal pagi Isnin.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, mayat mangsa ditemui di ruang tamu salah sebuah rumah tersebut, ketika pasukan operasi melakukan kerja-kerja pemadaman.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 1.55 pagi.
"Tiga jentera dan dua ambulans EMRS dengan kekuatan 24 anggota dikerah ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai Merah.
"Pasukan operasi kemudian memaklumkan kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis tidak kekal setingkat bertiang, dengan empat daripadanya musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi musnah 50 peratus," kata Henderi.
Kebakaran | Lelaki rentung, lima rumah terbakar
Beliau berkata mangsa yang rentung ditemui di rumah pertama dan identitinya masih belum dikenal pasti.
Mayat mangsa katanya lagi telah diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur lanjut.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat pasukan forensik kebakaran.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rentung
#Henderi Ardimansyah
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan