awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liow nafi MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana takut

Bernama
Bernama
10/05/2014
23:58 MYT
Liow nafi MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana takut
LIOW: Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam PRK Bukit Gelugor bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan. -Gambar Fail
Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sebaliknya, beliau berkata parti itu mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
"Kami turut mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi serta keputusan untuk tidak bertanding dibuat dengan restu parti komponen Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam di sini pada hari Sabtu.
Walaupun tidak bertanding pada kerusi tradisi parti itu, Liow berkata parti itu akan terus memberi khidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Gelugor.
"Kami kini dalam proses transformasi. Kami kini cedera dan perlu pulih dengan segera," katanya.
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, mendiang Karpal Singh menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 42,706 undi.
Topic Berkaitan
#hukum hudud
#krisis perlembagaan
#Liow Tiong Lai
#MCA
#PAS
#PRK Bukit Gelugor
#takut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan