KUALA LUMPUR: Tiga syarikat Kerajaan Persekutuan didapati mempunyai kedudukan kewangan yang kurang stabil, serta masih belum mencapai objektif syarikat yang ditetapkan, kata Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, UiTM Holdings Sdn Bhd turut didapati mencapai nilai tadbir urus korporat yang kurang memuaskan, namun dua lagi syarikat iaitu Kwasa Land Sdn Bhd (KLSB) dan CSB Land Sdn Bhd, berada di tahap yang memuaskan.
Dua lagi syarikat Persekutuan yang diaudit iaitu, Malaysian Debt Ventures Bhd berjaya memenuhi tiga kriteria yang ditetapkan iaitu mencapai objektif syarikat, tadbir urus korporat yang memuaskan dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.
Sementara itu, KETENGAH Holdings Sdn Bhd juga memenuhi dua kriteria awal, selain mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Menyentuh lebih lanjut mengenai UiTM Holdings, Wan Suraya berkata, RM259.98 juta suntikan modal oleh UiTM tiada kelulusan Menteri Kewangan dan tidak selaras dengan Akta Universiti Teknologi Mara.
Selain itu, katanya, pertukaran syarat nyata tanah daripada kategori institusi pengajian tinggi kepada kategori industri bagi projek UiTM Solar Park I di Gambang, Pahang, belum diselesaikan serta dikenakan denda dan cukai tanah berjumlah RM14.69 juta.
Bagi isu berkenaan KLSB pula, Wan Suraya berkata, sasaran awal pembangunan Kwasa Damansara dalam tempoh 15 tahun bermula Julai 2012 hingga 2027, masih belum dicapai oleh KLSB dan Kumpulan Wang SImpanan Pekerja.
“Hanya 5.20 ekar (0.4%) daripada keluasan keseluruhan plot tanah boleh dijual (1,324.49 ekar) telah siap dibangunkan sejak tahun 2012.
“Pelaburan KWSP dalam KLSB melibatkan modal berbayar berjumlah RM1.770 bilion, namun tiada bayaran dividen (diperolehi) sejak penubuhannya pada tahun 2029,” tambahnya.
Selain itu, Wan Suraya berkata, pengauditan khas turut dijalankan terhadap pengurusan dana bagi 11 program pembiayaan di bawah TEKUN Nasional melibatkan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM395 juta, bagi program pembiayaan tahun 2021.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, pengurusan dana dan aktiviti pembiayaan TEKUN Nasional adalah kurang memuaskan.
Dalam pada itu Wan Suraya berkata, Jabatan Audit Negara turut membentangkan hasil projek rintis pengauditan penilaian kendiri syarikat Kerajaan, yang merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan pada 2023, melibatkan 30 buah syarikat.
“Inisiatif ini dapat mempertingkatkan amalan tata kelola di kalangan syarikat-syarikat Kerajaan,” katanya lagi.
Sebanyak tiga Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, iaitu LKAN 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan; LKAN 2022 Mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar; dan LKAN 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan / Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.
Orang awam yang berminat untuk mengetahui perincian laporan tersebut boleh mendapatkannya di laman rasmi Jabatan Audit Negara di https://lkan.audit.gov.my, dan juga dashboard Jabatan Audit Negara di https://agdashboard.audit.gov.my/.
Firdaus Azil
Wed Nov 22 2023
Mengenai pengurusan dana bagi 11 program pembiayaan di bawah TEKUN Nasional melibatkan peruntukan RM395 juta bagi program tahun 2021, Wan Suraya (gambar) berkata, pengauditan khas mendapati ia kurang memuaskan. - Gambar Jabatan Audit Negara
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
LKAN 2022: RM618.71 juta wang awam hilang atau rugi
Pengurusan Program Penanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyumbang faktor terbesar iaitu RM448.87 juta.
LKAN 2022: UiTM Holdings, Kwasa Land, CSB Land capai tahap kewangan kurang stabil
UiTM Holdings Sdn Bhd mencapai nilai tadbir urus korporat kurang memuaskan, Kwasa Land Sdn Bhd dan CSB Land Sdn Bhd, di tahap memuaskan.
Jabatan Audit Negara kemuka tiga syor kepada kerajaan
Jabatan Audit Negara mengemukakan tiga syor kepada kerajaan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2022.
Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara baharu
Wan Suraya menggantikan Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang tamat kontrak sebagai Ketua Audit Negara pada Februari lepas.
Pemantapan tata kelola organisasi melalui AIGA
AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).
Bulan Integriti Nasional 2022: Integriti Teras Keluarga Malaysia
"lntegriti Teras Keluarga Malaysia" telah dipilih sebagai tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November setiap tahun.
Wan Suraya dilantik Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang baharu
Pelantikan Wan Suraya itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang selama 27 tahun berkhidmat.
VIPP jadi platform rentas sektor syarikat induk dan vendor - Wan Suraya
VIPP bakal menjadi platform kepada syarikat anchor (induk) dan vendor untuk mengembangkan perniagaan secara rentas sektor, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan.
Noripah Kamso dilantik Pengerusi Bank Rakyat baharu
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi Bank Rakyat.
Persidangan Pink Economy beri inspirasi kepada usahawan wanita
Persidangan Pink Economy memberi motivasi, inspirasi, membimbing, dan menyokong perniagaan milik wanita, baik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru ditubuhkan atau usahawan sedia ada.