JASIN: Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sebelum ini, kajian telah dilakukan di Kampung Sempang namun kawasan tersebut didapati tidak sesuai, disebabkan beberapa faktor seperti masalah saliran dan sumber air, bagi melaksanakan projek tersebut.
"Alhamdulillah kita kini dalam proses perataan tanah dan telah dapat kebenaran untuk memulakan projek tersebut dan hasil kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), kawasan di situ telah dikenal pasti paling sesuai untuk tanaman benih padi menggunakan varieti MR297, selain mampu mengeluarkan hasil sehingga tiga kali ganda.
"Projek itu akan bermula pada musim tanaman padi baharu September depan, melibatkan kawasan sawah padi seluas 42 hektar," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Dataran Orang Kampung di sini lewat malam tadi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kepimpinan negeri.
Muhamad Akmal berkata menerusi projek penghasilan benih padi berkenaan, dilihat akan dapat menyelesaikan masalah pesawah di negeri itu, yang berdepan kesukaran mendapatkan benih padi berkualiti untuk tanaman mereka.
"Kita positif ladang ini akan memberi peningkatan tahap sara diri (SSL) padi pada 2026 meningkat dari sembilan peratus kepada 15 peratus, sekali gus dapat meningkatkan bekalan beras di Melaka," katanya.
Dalam pada itu Muhammad Akmal berkata pihaknya ingin berterima kasih kepada orang ramai, dari dalam dan luar Merlimau malah dari negeri lain, yang telah hadir meraikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Merlimau yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu, dengan kehadiran dianggarkan lebih 37,000 pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Sebelum ini, kajian telah dilakukan di Kampung Sempang namun kawasan tersebut didapati tidak sesuai, disebabkan beberapa faktor seperti masalah saliran dan sumber air, bagi melaksanakan projek tersebut. - Gambar hiasan
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri
Filem aksi, Sheriff sudah meraih kutipan RM55 juta.
Pertukaran, bayaran balik tiket bermula Ahad hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC yang dibatalkan pada Jumaat, boleh dibuat mulai Ahad hingga Selasa.
Jangan buat spekulasi, biar polis siasat
Polis mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kebakaran 36 motosikal penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang diparkir di kolong sebuah blok kompleks perumahan (kolej kediaman) Pauh Putra, di Arau pada awal pagi Sabtu.
Siapa menang? Siapa kalah? Tegakkan demokrasi
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Dr Akmal persoal kenapa diambil keterangan di Sabah
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenapa beliau perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri ini.
Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.
Isu beras: Lantik Menteri KPDN segera, jangan umum 'syok sendiri' - Syed Saddiq
Kerajaan seharusnya memandang serius situasi kekurangan beras dan krisis harga sekali gus tidak membuat pengumuman 'syok sendiri'.
Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.
'Menteri bukan penjual bak kut teh' - Dr Akmal bidas tindakan King Sing
Akmal berkata, menteri seharusnya menjadi contoh kepada rakyat berhubung segala tindakan yang diambil.
Pemuda UMNO sifatkan kenyataan Tony Pua biadap, gesa DAP ambil tindakan
Tindakan Tony Pua robek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.
Desak DAP mohon maaf: 'Pemuda UMNO tidak akan tarik balik kenyataan' - Dr Akmal
Pemuda UMNO menegaskan tidak akan sesekali menarik balik kenyataan menuntut DAP membuat permohanan maaf secara terbuka kepada parti itu.
PAU2023: Wujudkan elaun sewa rumah, teliti kadar siling sewaan - Dr Akmal
Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan elaun sewaan rumah serta mengkaji pelaksanaan harga siling bagi kadar sewaan rumah.
PRU15: "Pemuda UMNO bukan bacul", Dr Akmal cabar Syed Saddiq berentap di Jasin
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kerusi Parlimen Jasin sesuai menjadi medan Syed Saddiq membuktikan kejaguhan kerana disifatkan lebih 'neutral'.