KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tan Cheng Lock (TCLC) bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis serta Pusat Kajian Cina Malaysia (Huayan) akan memulakan kajian untuk memastikan kesedaran rakyat Malaysia terhadap lubuk scam.
Usaha tersebut turut disokong bersama media tempatan seperti Sinar Harian, Sin Chew Daily, Astro AWANI, The Star dan Malaysia Nanban.
Kajian yang dimulakan itu berhasrat untuk mengetahui sama ada rakyat Malaysia sedar tentang situasi jenayah semakin membimbangkan, menganalisis persepsi terhadap risiko atas keputusan mereka sendiri dan pendapat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan.
Peserta kajian dapat berkongsi pandangan mereka dengan mengimbas kod QR yang disertakan.
Sebahagian daripada mangsa pula berakhir di lubuk scam tersebut selepas menerima jemputan untuk menyertai program jelajah manakala ada yang terpedaya dengan hubungan percintaan palsu.
Sehingga kini, tiada program konkrit yang dimulakan pihak berkaitan untuk menghalang rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa sindiket tersebut kerana kebanyakan usaha tertumpu kepada penghantaran pulang mereka ke negara.
Ketiadaan program tersebut kemungkinan disebabkan rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka telah ditipu dan secara sukarela meninggalkan negara untuk memulakan ‘kerjaya yang menguntungkan’, ‘program pelancongan’ atau ‘perhubungan romantik’.
Selain itu, hasil laporan yang diterbitkan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keparahan pemerdagangan manusia dan jenayah paksa di Asia Tenggara.
Menurut laporan itu, ratusan ribu mangsa yang diperdagangkan telah dieksploitasi sindiket jenayah transnasional untuk menipu orang ramai di seluruh dunia.
Kebanyakan mangsa ditahan di lubuk-lubuk scam yang terletak di Kemboja, Laos, Myanmar dan beberapa negara lain di mana mangsa terpaksa melakukan penipuan fizikal serta dalam talian.
Astro Awani
Fri Oct 20 2023
Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tan Cheng Lock bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara Perlis serta Pusat Kajian Cina Malaysia (Huayan) akan memulakan kajian untuk memastikan kesedaran rakyat Malaysia terhadap lubuk scam.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Hati-hati 'scammer', video AI pembaca berita taktik baharu penipuan
Modus operandi tersebut dilihat semakin banyak berada di dalam media sosial.
RM42 juta lesap angkara 'scammer'
Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian direkodkan di Negeri Sembilan dengan jumlah kerugian RM42 juta tahun lalu.
Wang simpanan RM5.04 juta lesap angkara penipuan kripto
Seorang akauntan berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM5.04 juta lesap akibat penipuan sindiket pelaburan kripto pada Ogos 2023.
Mahu pinjam RM10,000, kerani rugi ditipu RM85,000
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM85,000 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud menerusi media sosial.
Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang akauntan kerugian RM776,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud, bermula Oktober tahun lepas.
MCMC terima 259 aduan individu menyamar pegawai dalam tempoh sebulan
MCMC berkata, modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.
Tiga lelaki termasuk dua remaja mengaku tak bersalah perdaya wanita
Tiga lelaki termasuk dua remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas tuduhan memperdaya seorang wanita bagi melepaskan orang tahanan tidak wujud tahun lepas.