KUALA LUMPUR: Berdasarkan kerajaan sedang meningkatkan inisiatif hijau dalam industri automotif, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mencadangkan insentif di bawah Belanjawan 2024 diberikan kepada semua jenis kenderaan elektrifikasi (xEV) berbanding hanya kenderaan elektrik (EV), sebagai langkah untuk mempopularkan xEV di Malaysia.
Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata istilah xEV termasuk kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan elektrik hibrid pemalam (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).
"Pendekatan langkah demi langkah bermula daripada HEV merupakan cara paling sesuai untuk menghentikan kenderaan enjin pembakaran dalaman konvensional sedia ada secara berperingkat.
"HEV adalah langkah pertama ke arah penggunaan kenderaan elektrik secara besar-besaran," katanya kepada Bernama.
Malaysia menyasarkan untuk mencatatkan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi xEV menjelang 2030 dan 38 peratus daripada TIV menjelang 2040.
Bagi menyokong kadar penembusan EV, kerajaan mengumumkan bahawa EV di negara ini tidak akan dikenakan cukai jalan sehingga 31 Dis 2025.
Mohd Shamsor berkata MAA berharap insentif sedia ada untuk rebat RM2,500 dan pengecualian cukai jalan diperluaskan lagi kepada pembelian semua xEV untuk kenderaan penumpang dan komersial.
Bagi insentif baharu, katanya MAA mencadangkan pelepasan cukai pendapatan peribadi perlu diberikan untuk pembelian xEV dan pemasangan panel solar di rumah.
"Langkah itu akan menyokong campuran tenaga daripada kerajaan apabila tenaga boleh baharu akan membentuk 17 peratus daripada jumlah sumber tenaga menjelang 2040," katanya.
Bagi memacu pasaran xEV di Malaysia, katanya MAA amat percaya bahawa skim subsidi bahan api bersasar akan menjadi antara faktor kejayaan utama yang paling penting.
Mengenai perkembangan lain, Mohd Shamsor berkata MAA menghargai inisiatif kerajaan untuk melanjutkan pengecualian duti import dan duti eksais selama dua tahun bagi unit BEV jenis model import penuh (CBU) hingga 2025 dan unit BEV pemasangan tempatan (CKD) hingga 2027, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023.
Bagaimanapun, katanya MAA berpendapat bahawa tempoh insentif yang diberikan kepada perniagaan adalah agak singkat.
"Tempoh insentif yang diberikan kepada syarikat automotif perlu berdasarkan jangka panjang. Kami menggalakkan perundingan dengan pihak berkepentingan dan MAA mengenai tempoh insentif yang paling sesuai.
"Ini akan membolehkan pengedar tempatan dan prinsipal mereka di luar negara mengkaji, menyediakan dan merangka pelan pelaburan jangka panjang yang komprehensif untuk pasaran Malaysia," katanya.
Mohd Shamsor berkata industri automotif amat berteraskan modal, dan pelan perniagaan biasanya bersifat jangka panjang.
Katanya kebanyakan model kenderaan mempunyai jangka hayat minimum lima hingga tujuh tahun sebelum model baharu diperkenalkan dalam pasaran.
"Dasar jangka pendek dan/atau ad hoc memberi kesukaran kepada syarikat untuk merangka pelan bagi menilai kebolehlaksanaan perniagaan, terutamanya dalam memperkenalkan teknologi baharu dan lebih banyak model kenderaan berteknologi tinggi dalam pasaran tempatan.
"Ia juga mungkin tidak membantu membina keyakinan yang lebih baik dalam kalangan pelabur asing," katanya.
Belanjawan 2024 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Bagi insentif baharu, MAA mencadangkan pelepasan cukai pendapatan peribadi perlu diberikan untuk pembelian xEV dan pemasangan panel solar di rumah.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Jualan kenderaan melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari 2024
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari tahun ini berbanding 50,168 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.
Jualan kereta susut 4% kepada 71,908 unit pada November 2023
MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.
MAA cadang insentif di bawah Belanjawan 2024 merangkumi semua jenis xEV
MAA mencadangkan insentif di bawah Belanjawan 2024 diberikan kepada semua jenis kenderaan elektrifikasi berbanding hanya EV.
Jualan kenderaan meningkat 13 peratus kepada 71,745 unit pada Ogos - MAA
MAA menjelaskan, pertumbuhan kukuh itu menandakan jualan bulanan kedua tertinggi bagi 2023 selepas TIV Mac yang merekodkan 78,849 unit.
MAA tegur tindakan pelakon terkenal letak ular atas sangkar kucing
MAA menegur tindakan seorang pelakon bergelar Datuk yang memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram milik selebriti itu.
JPV terima aduan kes rasmi penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras
JPV telah menerima aduan rasmi pada 24 Mac lepas berhubung kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras 11 Mac lepas.
Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.
Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, dilaporkan meninggal dunia di Jeddah pada 2 Februari.