PENYANYI dan penghibur antarabangsa Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
Madonna sebelum ini dilaporkan telah dijangkiti bakteria sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jun lalu.
Menurut penyanyi tersebut, dia sebenarnya koma selama 48 jam selepas terjatuh di tandas namun langsung tidak mengingati tentang perkara yang telah terjadi.
“Saya tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku tapi ada seorang wanita yang telah menyelamatkan saya. Saya jatuh di tandas dan bangun sewaktu berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Saya berada di dalam koma selama 48 jam dan hanya mendengar suara seseorang meminta saya untuk meramas tangannya,” dedah Madonna seperti dilaporkan Daily Mail.
Apa yang dia tahu, paru-parunya rosak dan mengalami kegagalan buah pinggang sepanjang berada di ICU.
“Saya tidak boleh mengingat tentang lima hari yang pernah terjadi dalam hidup saya. Saya tidak tahu adakah saya masih hidup atau telah mati, saya benar-benar tidak tahu.
“Apa yang saya tahu, malaikat menjaga saya. Anak-anak saya juga ada di sana dan telah menyelamatkan saya,” katanya lagi.
Kini kesihatan bintang berusia 65 tahun tersebut sudah semakin baik dan telah kembali aktif menghiburkan peminat.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Dec 21 2023
Madonna sebelum ini dilaporkan telah dijangkiti bakteria sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jun lalu. - Gempak
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara
Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya.
Madonna 'sidai' peminat 3 jam!
Ikon pop itu sepatutnya memulakan persembahan sekitar pukul 8.30 malam namun muncul kira-kira pada pukul 11 malam.
Madonna rasa bertuah kerana 'masih bernafas' ketika dirawat di hospital
Kasih sayang daripada keluarga dan sahabat-sahabat adalah ubat terbaik, kata penyanyi lagu Vogue itu.
Madonna fokus pada kesihatan sebaik pulih dari jangkitan bakteria
"Terima kasih atas titipan semangat yang positif, doa dan kata-kata agar saya segera sembuh" - Madonna
Madonna dibenarkan keluar hospital
Penghibur berusia 64 tahun itu dibawa pulang ke rumahnya dengan menaiki ambulans persendirian.
Madonna tangguh siri jelajah dunia akibat jangkitan bakteria
Jangkitan bakteria yang dialaminya adalah serius dan dia akan ditempatkan di ICU untuk beberapa hari.
Madonna jalin hubungan dengan pemuda 29 tahun?
Beza umur 35 tahun, tak ada hal dalam dunia hari ini!
Mengaku kisah hidupnya terlalu luar biasa, Madonna tulis biopik sendiri
Madonna tidak benarkan orang lain menulis kisah hidupnya.
Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Penyanyi dan bintang Sape kelahiran Sarawak, Alena Murang dicalonkan bagi anugerah Video Antarabangsa Terbaik dan Penggayaan Terbaik menerusi lagunya, Midang-Midang.