KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam meneruskan tradisinya menyertai pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) di MAEPS, Serdang bakal menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menjanjikan hadiah menarik kepada pengunjung.
Bernas dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengunjung ke pameran yang bermula esok hingga 14 Ogos itu berpeluang memenangi bekalan beras percuma selama setahun iaitu hadiah utama dalam pertandingan Teka Berat Beras yang akan dianjurkan di Dewan A, pusat pameran itu.
"Tempat kedua akan memenangi bekalan beras untuk enam bulan dan tempat ketiga pula bakal memenangi bekalan beras selama tiga bulan," menurut kenyataan itu.
Jelas Bernas, pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.
Pada masa sama, syarikat itu juga akan menganjurkan pertandingan gambar kreatif bertemakan gambar beras atau padi melalui platform media sosial yang turut menawarkan hadiah lumayan berbentuk wang tunai sehingga RM1,000.
Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang menguji kekuatan fizikal untuk mengangkat kampit beras dalam pertandingan Badang Bernas pada 2 petang, 13 Ogos nanti.
Menurut kenyataan itu juga, sempena MAHA 2022 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu, Bernas akan mempamerkan informasi menarik mengenai tanggungjawabnya melestarikan industri padi negara.
Orang ramai yang berkunjung ke tapak pameran Bernas di Laman Padi pula boleh menikmati keenakan juadah bubur lambuk istimewa selain singgah ke Kilang Padi Mini Bernas yang akan mendemonstrasikan pemprosesan padi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Bernas memaklumkan pengunjung berpeluang memenangi bekalan beras percuma selama setahun iaitu hadiah utama dalam pertandingan Teka Berat Beras.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah
Kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.
MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial
Antaranya, teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui R&D MARDI.
MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas
Pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.
MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022
Beberapa memorandum persefahaman (MOU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatangani sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara
Antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan.
Suri rumah hasilkan dua tan ikan pekasam penuhi permintaan pelanggan
Bermula dengan kecil-kecilan sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan, perusahaannya semakin berkembang selepas menyertai pameran MAHA.
26 MOU dengan nilai RM2.5 bilion ditandatangani pada MAHA 2018
Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 melabuhkan tirai hari ini dengan pencapaian 26 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan nilai RM2.8 bilion.
MAHA 2018 sasar 3.5 juta pengunjung
Lebih 3.5 juta pengunjung dijangka memenuhi setiap ruang di Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 yang akan berlangsung esok sehingga 2 Disember ini.
Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.