HAMBURG : Malaysia akan memudahcara sebarang keperluan untuk mempercepat penyertaan negara dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Kesatuan Eropah (EU).
Jaminan tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dimaklumkan kepada Canselor Jerman, Olaf Scholz,
“Saya yakin dengan kekuatan hubungan bilateral kedua-dua negara perlu diangkat ke tahap integrasi rantau berikutnya. Berdasarkan kepada sikap saling percaya, maka masanya telah tiba untuk memulakan kembali perbicangan mengenai FTA Malaysia-EU,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101, dihoskan oleh Pertubuhan Perniagaan Jerman Asia Pasifik (OAV), pada Jumaat.
Melalui FTA tersebut, menurut Anwar, ia akan memboleh Eropah memanfaatkan Malaysia sebagai gerbang ke pasaran Asia dengan disokong oleh FTA ASEAN, Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Untuk konteks, rundingan FTA Malaysia-EU telah dimulakan pada 2010, tetapi tertangguh selepas tujuh sesi perbincangan pada tahun 2012.
Dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai hal geopolitik.
Anwar menegaskan, kedudukan negara yang tidak berpihak menjadikan Malaysia destinasi terbaik untuk perdagangan dan pelaburan bagi negara-negara barat dan timur.
“Perkara yang penting bagi negara-negara Asia Tenggara, khususnya Malaysia adalah untuk kekal menjadi rantau pembangunan, perdagangan dan pertumbuhan.
“Ini akan memperkuat ketahanan (ASEAN) mendepani ketidaktentuan geopolitik dan membolehkan Malaysia menjadi pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia. Ini juga membolehkan Malaysia mengeksport tenaga tanpa tekanan geopolitik,” katanya.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jerman yang bermula sejak 11 Mac lalu dan berakhir pada Jumaat.
Irfan Faruqi
Fri Mar 15 2024
PM Anwar Ibrahim berucap pada majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101, dihoskan oleh Pertubuhan Perniagaan Jerman Asia Pasifik (OAV), pada Jumaat.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Negara-Negara Teluk sambung perbincangan perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun
Menteri Oman berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada momentum baharu kerjasama antara keenam-enam negara Teluk dan Jepun.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
EAEU, Indonesia akan mulakan rundingan FTA
Kesatuan Ekonomi Eurasia dan Indonesia akan memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas.
Malaysia, Turki akan muktamadkan keseluruhan pakej FTA diperluaskan pada pertengahan 2022 - Azmin
Mohamed Azmin berkata selepas dimuktamadkan, FTA tersebut akan turut meliputi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan dan perdagangan elektronik.
Kanada minat perkukuh perjanjian dagangan bebas dengan ASEAN, Australia mahu tingkat dagangan
Perjanjian perdagangan bebas mendorong pertumbuhan sektor teknologi, perdagangan digital, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan profesional.
Pasca Brexit: Warga Britain perlu yakin dengan perjanjian perdagangan
Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak berkata, ia merupakan salah satu perjanjian perdagangan bebas paling komprehensif yang pernah ditandatangani.
Singapura, UK tandatangani FTA
Singapura dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan antara kedua-dua negara.
RCEP boleh jadi penyelesaian Asia untuk pulih daripada pandemik
Walaupun perdagangan antarabangsa terus menghadapi ketidakpastian, pemeteraian RCEP menekankan keyakinan terhadap keterbukaan pasaran, yang seterusnya akan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
RCEP buka peluang pedagang tempatan bersaing peringkat antarabangsa - Mohamed Azmin
Perjanjian itu menjanjikan potensi besar kerana melibatkan kira-kira 47.5 peratus populasi dunia meskipun tidak melibatkan India.
Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019
Malaysia akan melihat perdagangan dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatangani dengan EU, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.