KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun telah mengesahkan komitmen masing-masing untuk menggandakan usaha bagi menghadapi cabaran era baharu, khususnya isu berkaitan gangguan rantaian bekalan global.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa melakukan kunjungan hormat ke atas bekas Perdana Menteri Jepun dan Utusan Khas Perdana Menteri Jepun ke Malaysia, Shinzo Abe semalam, turut mengambil peluang untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama.
Isu-isu itu termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan penganjuran Ekspo Osaka 2025 oleh Jepun, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan.
"Mereka mengakui bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara telah mengembangkan ruang lingkup kerjasama termasuk dalam langkah-langkah memerangi COVID-19, pembangunan bandar pintar, infrastruktur komunikasi serta peralihan tenaga untuk mencapai karbon sifar bersih.
"Kedua-dua pihak bersetuju mengenai pentingnya bekerjasama untuk menangani cabaran era baharu, terutamanya dalam menghadapi isu-isu yang berlarutan berkaitan gangguan rantaian bekalan global," kata kementerian itu.
Mengenai RCEP, Abe berkata, beliau menantikan perjanjian itu dikuatkuasakan Malaysia pada 18 Mac sambil melahirkan harapan agar Malaysia turut segera meratifikasi CPTPP.
MITI berkata, Azmin mengambil peluang untuk memaklumkan kepada Abe bahawa Malaysia baru sahaja menyelesaikan analisis kos-faedah untuk CPTPP dan kini sedang menjalankan proses domestik, termasuk pindaan perundangan yang diperlukan.
Sambil memuji Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang telah memasuki tahun ke-40, Abe menekankan keberkesanannya dalam menyediakan Malaysia dengan asas yang kukuh dalam mempromosikan kerjasama perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia serta hubungan sesama rakyat dengan Jepun.
Tahun lepas, Jepun disenaraikan sebagai rakan dagangan global keempat terbesar Malaysia dan kedua terbesar selepas China untuk rantau Asia Timur, manakala Malaysia ialah rakan dagangan ke-10 terbesar Jepun.
Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM148.98 bilion, dengan eksport Malaysia ke Jepun berjumlah RM75.27 bilion dan import dari Jepun bernilai RM73.71 bilion.
Sehingga 2021, sejumlah 2,709 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun telah direalisasikan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM90.9 bilion, menghasilkan 337,280 pekerjaan.
Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah dalam produk elektronik dan elektrik, kimia dan produk kimia, produk mineral bukan logam dan peralatan pengangkutan. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas bekas Perdana Menteri Jepun dan Utusan Khas Perdana Menteri Jepun ke Malaysia, Shinzo Abe semalam. - Gambar Facebook AZMIN ALI
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.