Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Istanbul pada 7 Jun 2016 yang telah meragut beberapa nyawa, termasuk pegawai polis, serta mencederakan orang awam.
Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.
Laporan awal mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul.
Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Istanbul hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki.
Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.
Bernama
Thu Jun 09 2016
Pekerja majlis perbandaran sedang membersihkan kerosakan yang dialami selepas serangan pengganas di Istanbul pada 7 Jun lalu. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Jambatan di Baltimore runtuh: Kedutaan Malaysia di Washington pantau rapat perkembangan
Wisma Putra berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati selain mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa te
Gempa bumi di Jepun, PM dan isteri zahir simpati
Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu.
Malaysia dalam proses akhir muktamadkan pembukaan kedutaan besar di Iraq
Dalam pertemuan di Azerbaijan pada Julai, Timbalan Perdana Menteri Iraq meminta Malaysia supaya segera membuka kedutaan di negara itu.
COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri Datin Sakhiah Mohd Soom dibenarkan keluar dari Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta pada 3 April lalu.
Rakyat Malaysia bermastautin di Thailand disaran daftar dengan kedutaan
Kedutaan Malaysia di Thailand sedang mengumpul data mengenai rakyat Malaysia yang tinggal di negara Gajah Putih itu.
FGV Holdings lantik Dzulkifli sebagai Pengerusi
Dzulkifli memantau 450,000 hektar ladang kelapa sawit dan getah dan pelbagai pelan untuk meningkatkan nilai sosio-ekonomi lebih 112,000 peneroka dan keluarga.
44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19
44 pelajar Malaysia yang menunjukkan simptom demam dan selesema baru-baru ini disahkan negatif COVID-19.
Maluku Indonesia digoncang gempa 7.1 skala Richter
Amaran tsunami ditamatkan pada jam 3.45 pagi waktu Indonesia Timur (2.45 pagi waktu Malaysia).
Wisma Putra pantau kes rakyat Malaysia didakwa dera anak di Norway
Hairi Muhamad dan Norliha Khamis dilaporkan hilang hak penjagaan lima anak berusia antara empat dan 16 tahun, sejak Mei lalu, selepas berdepan siasatan pihak berkuasa.