awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Malaysia meterai memorandum kerjasama perkukuh daya tahan rantaian bekalan semikonduktor

Bernama
Bernama
11/05/2022
20:00 MYT
AS, Malaysia meterai memorandum kerjasama perkukuh daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
MOC itu bertujuan menyediakan prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkukuh usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Gina M. Raimondo dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memeterai Memorandum Kerjasama (MOC) AS-Malaysia mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.
MOC itu bertujuan menyediakan prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkukuh usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.
Ketika menandatangani MOC berkenaan, Raimondo dan Mohamed Azmin mengakui kerjasama AS-Malaysia merupakan elemen penting dalam mewujudkan rantaian bekalan semikonduktor yang berdaya tahan, terjamin dan mampan.
"Berdasarkan lawatan Raimondo ke Malaysia pada November 2021, MOC tersebut akan memperteguh perkongsian yang semakin berkembang di antara kedua-dua kerajaan dan industri semikonduktor," menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama, pada Rabu.
MOC tersebut turut berperanan meningkatkan ketelusan dan kepercayaan, selain menggalakkan pelaburan dalam rantaian bekalan semikonduktor.
Sebagai menunjukkan komitmen mereka terhadap aktiviti yang digariskan dalam MOC berkenaan, kedua-dua pemimpin mengadakan persidangan meja bulat dengan pakar industri untuk membincangkan mengenai cabaran rantaian bekalan jangka panjang dan semasa, di samping peluang kepada kedua-dua negara dan ekonomi global.
Semasa mesyuarat itu, Raimondo dan Mohamed Azmin sekali lagi menegaskan kepentingan hubungan perdagangan dan pelaburan AS-Malaysia berikutan hubungan diplomatik selama 65 tahun dan membincangkan bidang yang boleh ditingkatkan kerjasama.
Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF). Mereka antara lain membincangkan kepentingan untuk rangka kerja itu menjadi inklusif dan kaedah bagi IPEF untuk menyampaikan manfaat bermakna dari segi ekonomi, termasuk melalui bantuan teknikal dan pembinaan kapasiti.
Jabatan Perdagangan AS dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia bercadang mengadakan pertukaran dengan pihak berkepentingan di bawah MOC itu, pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Malaysia
#Azmin Ali
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan