KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau telah menyuarakan hasrat Malaysia kepada kerajaan Mesir supaya mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara itu bagi membolehkan bantuan makanan dan perubatan sampai kepada rakyat Palestin.
Johari berkata hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat di kediaman rasminya, di sini hari ini.
"Baru-baru ini ada permintaan untuk kita menghantar lagi bantuan makanan dan perubatan...kerajaan kita komited, cumanya tadi Duta Mesir ada di sini, jadi kita mintalah kalau boleh juga bukakan sempadan itu.
"Sebab saya difahamkan oleh beberapa Ahli Parlimen kita yang melawat sempadan (Mesir-Rafah) baru-baru ini, ada lebih kurang 60 ke 70 trak makanan dan perubatan yang kita hantar tersadai hampir dua hingga tiga bulan tidak boleh masuk," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka itu.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri-menteri Kabinet, Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor Lau Weng San, bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, beberapa perwakilan asing serta pegawai kanan kerajaan.
Pada masa sama, Johari menegaskan bahawa konflik Palestin dan Israel bukan sekadar membabitkan umat Islam semata-mata, malah melibatkan soal hak asasi kemanusiaan secara keseluruhannya memandangkan rakyat Palestin datang daripada pelbagai latar belakang agama.
Beliau berkata perdana menteri juga telah menjelaskan pendirian Malaysia ketika melawat Jerman bulan lepas dan negara tidak pernah berganjak daripada pendirian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul (kiri) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat di Bukit Tunku, hari ini. - Bernama
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Anwar hadiri rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan Rakyat.
Johari seru warga Parlimen gembleng tenaga tingkat prestasi
Warga Parlimen Malaysia perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan prestasi institusi berkenaan dengan mendemokrasikan Parlimen.
Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok
Wan Junaidi dan Johari Abdul akan menghadiri persidangan Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth di Uganda.
Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.
'Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan' - Johari
Tan Sri Johari Abdul sekali lagi mengulangi pendirian beliau tidak memihak kepada mana-mana blok ahli Parlimen ketika mempengerusikan persidangan.
Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.
Lafaz Rukun Negara setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat - Johari
Lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama setiap penggal Parlimen.