KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai pelan antirasuah bagi tempoh lima tahun, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan.
Beliau berkata sepanjang kajiannya mengenai Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan pada 2019, tiada negara lain mempunyai pelan sedemikian untuk tempoh yang sama dalam semakan beliau.
"Ini adalah pelan yang baik, daripada 115 inisiatif yang digariskan semasa pelancarannya, kira-kira 25 telah dicapai, dan semasa semakan separuh penggal beberapa inisiatif baharu turut telah dimasukkan," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk "Rasuah dan Integriti: Di manakah Kita?" terbitan Bernama TV pada Rabu.
Muhammad berkata dalam memastikan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan dilaksanakan di semua kementerian dan agensi kerajaan, pihaknya mengesyorkan pelan berkenaan diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Beliau berkata KSN selaku orang nombor satu dalam sistem perkhidmatan awam negara mampu memastikan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan turut dilaksanakan oleh ketua setiausaha di peringkat kementerian.
"Dengan KSN sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pelan ini, TI-M berharap pelaksanaan pelan ini akan dimasukkan sebagai salah satu petunjuk prestasi utama ketua-ketua di kementerian dan agensi kerajaan, pelan ini sesuatu yang cantik dan ia tidak boleh disia-siakan" katanya.
Selain itu, Muhammad berkata masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap jenayah rasuah yang sebelum ini dilihat sebagai jenayah yang tidak berat berbanding jenayah seperti membunuh dan merompak.
"Penerangan terhadap bahaya jenayah rasuah perlu dilakukan dengan cara yang lebih dekat dengan jiwa rakyat seperti penggunaan contoh-contoh seperti berapa buah sekolah atau hospital dapat dibina dengan jumlah kerugian yang ditanggung akibat rasuah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai pelan antirasuah bagi tempoh lima tahun. -Gambar hiasan/Pixabay
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN
Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu
Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.
Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN
Penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenal dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya.
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN
Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah GIACC, nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam
Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam.