PUTRAJAYA: Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia berikutan isu berkaitan kelemahan dan keburukan lebih mudah disensasikan di media ketika ini, berbanding kebaikan dan manfaat yang ditawarkan.
"Tetapi, kenapa tidak kita hebahkan perkara-perkara yang baik dalam kalangan kita, seperti dalam media sosial, perbualan seharian, komunikasi dengan pihak lain dan sebagainya.
"Kita tidak menafikan akan terdapat kelemahan, namun sebenarnya banyak pencapaian yang telah kita capai sepanjang setahun ini," katanya dalam ucapan penutup Simposium Keluarga Malaysia, hari ini.
Sebagai contoh, beliau memetik mengenai usaha kerajaan untuk menstabilkan harga makanan seperti harga ayam dan minyak masak, yang dilaksanakan baru-baru ini.
"Semasa harga barangan meningkat, semua pihak bertanyakan apakah usaha kita untuk menurunkannya. Banyak pihak yang menghentam dan mengkritik kita.
"Namun, bila langkah intervensi telah kita buat melalui pelbagai mekanisme seperti Pasukan Jihad Tangani Inflasi dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara, tidak ramai yang bercakap mengenainya," katanya.
Justeru, beliau berkata penjawat awam perlu merasai semangat Keluarga Malaysia di dalam diri masing-masing, supaya mereka dapat menerapkan perasaan 'sense of belonging' kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mengenai majlis hari ini, Mohd Zuki mencadangkan agar simposium itu melihat dan meneliti semula langkah hadapan, bagi usaha untuk terus memakmurkan negara serta mengekalkan kestabilan dalam acuan dan semangat Keluarga Malaysia.
Beliau berkata segala input yang diberikan oleh pakar yang terlibat dalam simposium itu hendaklah dianalisis, dicerna dan didokumentasikan sebaiknya, untuk langkah ke hadapan yang bersesuaian dengan iltizam kerajaan.
Selain itu, katanya segala intipati dan hasil simposium itu diharap dapat dibentangkan dalam forum rasmi antara pegawai kanan kerajaan seperti Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan akan datang.
Simposium Keluarga Malaysia bertujuan menyenaraikan serta menjelaskan segala pencapaian dan cabaran pentadbiran Keluarga Malaysia, sepanjang tempoh satu tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Mohd Zuki berkata ia berikutan isu berkaitan kelemahan dan keburukan lebih mudah disensasikan di media ketika ini, berbanding kebaikan dan manfaat yang ditawarkan. - Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.