BATU PAHAT: Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak Dan Tugas-tugas Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia terdiri daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI), wang ihsan kematian, bantuan pembelian barangan keperluan dan bantuan baik pulih kecil rumah.
Beliau berkata BWI diberikan kepada setiap isi rumah yang terkesan berjumlah RM1,000 manakala bantuan wang ihsan kematian merujuk kepada pemberian RM10,000 sekiranya berlaku kematian akibat bencana banjir.
"Dua lagi bantuan tambahan ialah pembelian barangan keperluan asas sehingga RM2,500 dan bantuan baik pulih kecil rumah sehingga RM5,000," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Telok, di sini, hari ini.
"Meskipun banjir masih lagi berlaku di beberapa daerah di Johor, agensi kerajaan di peringkat daerah sedang giat mengenal pasti Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat. BWI juga telah mula diagihkan kepada mangsa yang layak, dan pemberiannya dijangka selesai awal April ini," katanya.
Armizan berkata proses penyaluran bantuan dan senarai penerima bantuan yang berpindah ke PPS akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri dan daerah.
Sementara itu, beliau berkata bagi mangsa banjir yang tidak berpindah, senarai nama penerima yang layak akan dikumpulkan oleh ketua komuniti masing-masing dan perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diangkat permohonan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk agihan peruntukan bantuan bencana.
"Saya difahamkan proses penyerahan bantuan wang ihsan di negeri Johor walaupun episod bencana banjir belum berakhir sepenuhnya, tetapi proses penyerahan bantuan telahpun bermula di negeri Johor.
"Kita mengharapkan kerajaan negeri Johor dan pejabat-pejabat daerah dapat memastikan BWI dapat disalurkan segera mungkin," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Armizan berkata ia terdiri daripada BWI, wang ihsan kematian, bantuan pembelian barangan keperluan dan bantuan baik pulih kecil rumah. - Foto BERNAMA/fail
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Satu lagi kematian akibat strok haba, libat kanak-kanak tiga tahun - NADMA
Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Sabah berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Sabah peruntuk RM7.5 juta salur bekalan air kepada penduduk 12 daerah
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM7.5 juta untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada 58,080 keluarga di 12 daerah di negeri ini yang terjejas akibat cuaca panas dan kemarau.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Operasi pembenihan awan perlu waktu sesuai berikutan kos tinggi - Nik Nazmi
MetMalaysia akan memberi panduan waktu yang sesuai untuk melaksanakan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) berikutan cuaca panas di negara ini.
Nadma, MetMalaysia laksana pembenihan awan, stabilkan dua empangan paras kritikal
Nadma dengan kerjasama MetMalaysia melaksanakan Operasi Pembenihan Awan bagi menstabilkan paras dua empangan di utara Semenanjung Malaysia.