awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa korban COVID-19 di Sabah berusia 130 tahun? Ini penjelasan KKM

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
29/11/2020
13:29 MYT
Mangsa korban COVID-19 di Sabah berusia 130 tahun? Ini penjelasan KKM
Maklumat mengenai latar belakang arwah hanya diperoleh daripada kaum keluarga beliau dan juga pihak berkuasa tempatan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Timbul pelbagai persoalan mengenai kes kematian ke-352 di Sabah melibatkan seorang mangsa yang dikatakan berusia 130 tahun pada Sabtu.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberikan pencerahan mengenai identiti lelaki bukan warganegara itu.
Menurut kenyataan media KKM, usia sebenar lelaki itu tidak dapat disahkan kerana ketiadaan dokumen pengenalan sewajarnya, sebaliknya maklumat mengenainya hanya diperoleh daripada keluarga dan pihak berkuasa tempatan sahaja.
"Sedikit pencerahan mengenai kematian ke-352 (iaitu kes ke-35,037) di Sabah yang melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang dilaporkan berusia 130 tahun.
“Memandangkan arwah tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan diri yang sah, maklumat yang diterima adalah terhad, termasuklah usia arwah,” jelas kementerian itu.
BACA: COVID-19: 1,309 kes baharu, 3 kematian, 1,333 pesakit sembuh
BACA: Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil
Bagaimanapun, memetik laporan portal Harian Metro, yang menemu bual anaknya, Kimri Talib, 49, dia mengesahkan bapanya yang meninggal dunia 2 November lalu berusia 130 tahun.
Berdasarkan catatan rekod Guinness World Records, individu tertua di dunia adalah Louise Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun pada 1997.
Jika benar arwah berusia 130 tahun, dia menjadi korban tertua akibat COVID-19 di Malaysia dan dunia, malah menjadi manusia paling tua di dunia sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#meninggal dunia
#ujian saringan
#COVID-19
#mangsa
#lelaki
#lelaki tertua
#korban tertua
#Malaysia
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan