SHAH ALAM: Parti-parti politik perlu menumpukan kepada pelan jangka panjang dalam menangani masalah ekonomi negara termasuk kos sara hidup rakyat dan menjanjikan kestabilan politik dalam merangka manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berkata, manifesto yang ditawarkan itu juga haruslah spesifik, pragmatik dan realistik untuk dicapai dalam waktu tertentu.
Bagaimanapun, bagi menarik golongan atas pagar, ia bukan bersandarkan kepada manifesto semata-mata tetapi golongan itu cenderung untuk melihat kepada faktor calon, isu-isu yang berbangkit dan bagaimana jentera akar umbi menyantuni mereka.
“Saya berpandangan, rakyat akan menilai bagaimana parti politik itu merangka strategi menangani masalah ekonomi negara, bukan sahaja untuk memastikan pembangunan ekonomi terus maju tetapi bagaimana langkah strategik yang mereka buat selepas pasca COVID-19.
“Selain itu, menangani masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan bagaimana kerajaan mampu menarik pelaburan langsung asing. Tapi, ini hanya dapat dilaksanakan jika wujudnya kestabilan politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Jeniri menjelaskan, parti-parti politik juga perlu menyatakan apakah inisiatif yang akan dilaksanakan seperti usaha mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak dan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan golongan muda.
Jelasnya, golongan muda khususnya lepasan universiti mahu melihat peluang pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin masa depan mereka serta isu-isu berkaitan perumahan.
“Saya fikir inisiatif-inisiatif lebih pragmatik yang dapat menangkap imaginasi politik golongan ini. Mereka perlu diyakinkan bahawa tawaran yang dikemukakan itu jauh lebih baik daripada ditawarkan kerajaan sebelum ini.
“Ini adalah soal naratif politik dan melalui komunikasi politik yang efektif dapat dilakukan.
“Pengundi atas pagar pula bukan hanya melihat kepada manifesto, tetapi mereka melihat juga kepada calon, isu-isu yang berbangkit dan bagaimana jentera akar umbi itu menyantuni mereka. Paling penting adalah strategi kempen, bukan sahaja kempen tradisional tetapi juga melalui media sosial baharu.
“Pendekatan pelbagai strategi kempen penting untuk ‘menundukkan’ mereka di atas pagar dan mengemukakan inisiatif serta langkah yang dapat menangani isu yang dihadapi golongan ini,” ujar beliau.
Dalam pada itu tambah Jeniri, manifesto tidak semestinya terlalu ‘tebal’ (banyak) seperti yang pernah dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH), yang menjadi manifesto paling banyak dalam sejarah politik pilihan raya negara tetapi ‘tipis’ dalam pelaksanaannya.
“Kita perlu manifesto yang pragmatik, realistik dan dapat dicapai dalam waktu tertentu. Ini perlu dijelaskan dengan konkrit dan sejelasnya mengikut bidang utama yang akan menjadi fokus kepada pemerintahan itu nanti jika mereka diberi kuasa.
“Jangan pula dianggap manifesto ini diukir di atas batu. Kalau yang telah termaktub dalam manifesto itu, ia adalah janji wajib ditunaikan. Kalau tidak, orang akan sangsi,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 12 2022
Golongan muda khususnya lepasan universiti mahu melihat peluang pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin masa depan mereka serta isu-isu berkaitan perumahan. - Gambar hiasan
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
PRN: PN Pulau Pinang umum manifesto dengan 33 tawaran
Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang melancarkan manifesto dengan lapan teras dan 33 tawaran untuk rakyat negeri itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
PRU15: Bersih puji manifesto pro-demokrasi empat gabungan politik
Manifesto itu melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).
PRU15: Tawaran manifesto perlu masuk dalam Perlembagaan, elak janji kosong
Ini bagi memastikan manifesto yang ditawarkan untuk meraih sokongan rakyat tidak hanya tinggal sebagai janji kosong semata-mata.
PRU15: Perancangan Amal dan Usaha (PADU) manifesto BN
PADU mempunyai 99 amal dan usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan.
PRU15: BN tawar skim bantuan khas dalam manifesto - Zahid Hamidi
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.
PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok
Manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.
PRU15: Pengundi muda, manifesto seimbang main peranan - Penganalisis
Corak pengundian anak muda akan berdasarkan dua faktor iaitu keinginan keluar mengundi dan faktor sosiologi.
41 peratus golongan belia belum bersedia tentukan parti mana untuk diundi pada PRU15 - Kaji selidik
Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia mendapati terdapat saingan sengit empat penjuru antara parti BN, PN, MUDA dan Pakatan Harapan pada PRU15.
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.