awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS gesa waris MH370 kemuka tuntutan sebelum 8 Mac

Bernama
Bernama
25/02/2016
00:21 MYT
MAS gesa waris MH370 kemuka tuntutan sebelum 8 Mac
MAS mempunyai perlindungan insurans bagi memenuhi tanggungjawab membayar pampasan kepada waris. - Gambar fail
Malaysian Airline System Berhad (MAS) menggesa semua waris tragedi MH370 mengemukakan tuntutan mereka sebelum 8 Mac ini bagi mengekalkan hak perundangan mereka.
"Bagi memastikan mereka yang terlibat mengambil tindakan yang diperlukan untuk mengekalkan hak perundangan masing-masing, syarikat ini beberapa kali memaklumkan kepada waris mengenai had tempoh dua tahun mengikut Konvensyen Montreal, yang bererti bagi MH370, ia tamat pada 8 Mac ini," kata MAS dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu menyebut syarikat berkenaan komited bersama waris terlibat bagi memastikan pampasan yang adil dan saksama.
"MAS mempunyai perlindungan insurans bagi memenuhi tanggungjawab membayar pampasan kepada waris seperti yang terkandung dalam konvensyen antarabangsa dan undang-undang yang berkenaan," menurut kenyataan itu.
Syarikat itu juga berkata sehingga kini Pentadbiran MAS sudah memenuhi 96 permohonan daripada MH370 untuk memulakan prosiding perundangan.
"Tiada permohonan yang ditolak. Sebagai tambahan, 42 waris sudah menerima pampasan penuh," kata MAS.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Topic Berkaitan
#hak perundangan
#insurans
#Malaysia Airlines
#pampasan
#tragedi MH370
#waris MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan