KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah masyarakat perlu diinsafkan bahawa manusia dan alam sekitar saling berkait rapat, malah tahap kesihatan ekosistem sungai menggambarkan ‘hati’ masyarakat setempat.
Baginda turut menyeru agar dirumuskan suatu kerangka baharu yang lebih segar, lebih teratur dan lebih berdaya maju, untuk menangani kelemahan pengurusan lembangan sungai.
"Masyarakat perlu diinsafkan bahawa manusia dan alam sekitar saling berkait rapat. Jika bahasa melambangkan bangsa, tahap kesihatan ekosistem sungai menggambarkan ‘hati’ masyarakat setempat.
"Aliran sungai yang indah amat berkait rapat dengan aliran yang indah dalam hati manusia. Pendekatan ‘hard-ware’ (sains dan teknologi), dan ‘soft-ware’ (dasar, undang-undang dan norma), tidak lengkap tanpa ‘heart-ware’ (hati, roh atau manusiawi)," titah baginda.
Sultan Nazrin berkenan melancarkan buku Tafsir Mawduí Sungai, karya pakar bidang pengajian Al-Qur’an dan As-Sunnah, Prof Datuk Zulkifli Mohd Yusoff dan pakar bidang pengajian alam sekitar, Datuk Seri Zaini Ujang pada Isnin.
Baginda turut menzahirkan bahawa usaha memastikan kelestarian sungai perlu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan realiti setempat dan tidak kaku.
"Persoalan melestarikan sungai bersifat budaya (cultural) dan geopolitik (geopolitical), dan tidak mungkin berjaya ditangani dengan kerangka lama yang tegar (rigid) dan bersegmen (segmented).
"Pelestarian sungai bermaksud kerangka membaik pulih dan menambah baik kualiti air sungai supaya sentiasa bersih dan boleh digunakan," titah baginda lagi.
Sultan Perak juga menzahirkan statistik kualiti air sungai yang dilaporkan melalui Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2021 yang meilbatkan 670 sungai diseluruh negara.
Menurut laporan itu, 73 peratus (489) sungai menunjukkan indeks kualiti air bertaraf bersih, 24 peratus (158) sungai bertaraf sederhana cemar, manakala tiga peratus (23 sungai) bertaraf tercemar.
Pemantauan kualiti air di 1,351 stesen pengawasan pada tahun 2021, menunjukkan 75 peratus (1,012) sungai bertaraf bersih, 22 peratus (293) sungai bertaraf sederhana tercemar, dan tiga peratus (46) sungai bertaraf tercemar.
Irfan Faruqi
Mon Sep 25 2023
Sultan Nazrin Shah (dua dari kiri) berkenan menyempurnakan pelancaran buku Tafsir Mawdui Sungai: Perspektif Islam Tentang Alam Sekitar karya Zulkifli Mohd Yusoff dan Zaini Ujang di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya, hari ini. - Gambar BERNAMA
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang
Majlis bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2024 dan 2025.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM2.5 juta
Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM2,537,234.15 bagi pihak MAIPk di Istana Kinta.
Jangan gah bangunan mencakar langit, tapi rakyat ikat perut, tidur berbumbung langit - Sultan Perak
Sultan Perak bertitah, selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).