KUALA LUMPUR : Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) meminta kerajaan mengkaji semula kelonggaran menjalani kuarantin di rumah bagi pengembara warganegara, serta warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia yang sudah lengkap divaksinasi.
Menurut Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, langkah itu tidak wajar dilaksanakan kerana tahap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) diragui berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa.
"Jika kuarantin di rumah, mereka boleh keluar membeli makanan, berjumpa kawan atau saudara mara datang menziarah tanpa pengawasan pihak berkuasa.
"Sekiranya kuarantin wajib kepada pengembara ini dilakukan di hotel ia dapat diawasi. Ia juga dapat membantu ahli-ahli kami di sektor perhotelan menjalankan perniagaan dalam situasi mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Jelas beliau, penularan lebih besar berpotensi berlaku sekiranya pengembara-pengembara ini dikesan dengan varian yang lebih ganas.
"Pihak kerajaan perlu sedar, kita masih bergelut untuk menangani varian Delta, ini tidak termasuk varian Lambda yang lebih ganas yang akan membuatkan keseluruhan sistem kesihatan lumpuh," katanya.
Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu mengenakan kembali arahan kuarantin wajib di hotel seperti yang dilaksanakan sebelum ini, yang sekali gus dapat membantu pihak berkuasa mengawal pandemik di negara ini.
Beliau dalam masa yang sama bimbang tindakan membuka sempadan akan mencetuskan penularan yang lebih besar dan seterusnya mempengaruhi pembukaan semula sektor pelancongan domestik yang teruk terjejas akibat pandemik selama ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran buat penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang berada di negeri atau daerah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya.
Antara kelonggaran diberikan termasuk pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia yang pulang dari luar negara dan lengkap dua dos vaksin dibenar menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Selain itu, pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
Manakala kemudahan sektor sosial kepada individu lengkap menerima dua dos vaksin untuk fasa 2 dan seterusnya termasuk kebenaran merentas daerah, aktiviti makan di restoran, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan dan berkumpulan (outdoor) dan pelancongan dalam negeri.
Nickyson Nyambar
Wed Aug 11 2021
Mohd Khalid bimbang keputusan kerajaan untuk membenarkan pengembara menjalani kuarantin di rumah akan mencetuskan penularan lebih besar. - Gambar fail
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini
MATA akan menganjurkan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX 2024) edisi kedua selama dua hari bermula 23 Ogos ini.
Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.
MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong
Tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing.
MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.
COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.
MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA
MATA menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera.
Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.
MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara
Bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.
Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA
Mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan harus setanding dengan penggiat sektor itu di negara jiran bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat
Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA
Pemain industri pelancongan negara perlu fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang telah lama terhenti susulan pandemik COVID-19.