KUALA LUMPUR : Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa pihak berwajib seperti Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengatasi isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera kerana menjejaskan intergrasi nasional dan antarabangsa dalam industri pelancongan negara.
Dalam masa sama, Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, langkah itu bagi membolehkan agensi pelancongan dan pengembaraan membuat pelbagai promosi produk pelancongan yang secara langsung melibatkan syarikat penerbangan sebagai satu komponen dalam penyediaan pakej pelancongan.
Mohd Khalid berkata, MAVCOM berperanan membendung kenaikan tambang kapal terbang ketika waktu puncak seperti musim cuti sekolah dan cuti perayaan.
"MATA tidak menafikan kenaikan harga tiket perbangan kerana adanya satu permintaan yang tidak dijangka apakala Malaysia keluar dari Pendemik pergi ke endemik. Rata-rata rakyat Malaysia memang berhasrat untuk mengambil cuti rehat sama ada di dalam atau di luar negara. Oleh kerana permintaan tinggi yang mendadak itu sudah tentu akan berlaku kenaikan harga .
"Difahamkan juga syarikat penerbangan menjual tempahan terbuka kepada agensi agensi pelancongan secara pukal yang mana mereka mengambil kesempatan juga menjualkannya semula kepada agensi-agensi yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam sektor Umrah," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan kenaikan pakej umrah tidak dapat dielakkan berikutan isu seperti tukaran mata wang Ringgit Malaysia yang jatuh rendah berbanding Riyal Saudi, sekali gus memberi kesan kepada fi visa, tiket penerbangan, bilik penginapan, pengangkutan, cukai lapangan terbang dan kos-kos lain yang berkaitan.
"MATA difahamkan oleh MAHB bahawa syarikat syarikat penerbangan ke Timur Tengah belum beroperasi sepenuhnya seprti sebelum pandemik kerana sekarang yang beroperasi ialah Malaysia Airlines, Saudi Airlines dan Qatar Airways, dengan purata 8 penerbangan sehari dan maksimum 10.
"Syarikat penerbangan seperti Kuwait Airlways , Jordan Airlines dan Oman Air belum muncul. Air Asia dan Batik Air belum pasti. Turkish Airlines terbang terus ke Istanbul (menjadikan pakej umrah melalui Istanbul ) satu pilihan dan harga pakej pasti naik sikit," ujarnya.
Bagi isu kenaikan tiket penerbangan domestik, Mohd Khalid mencadangkan agar pihak syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengadakan satu sesi libat urus dengan rakan strategik mereka seperti persatuan-persatuan pelancongan dan pengembaraan atau agensi-agensi pelancongan bagi mendapatkan maklum balas mengenai kenaikan tambang penerbangan.
"Syarikat penerbangan tidak sepatutnya mengetepikan peranan persatuan pelancongan maupun agensi pelancongan yang mana kami adalah yang amat terkesan semasa pandemik Covid-19 melanda dunia," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 28 2022
Mohd Khalid berkata, MAVCOM berperanan membendung kenaikan tambang kapal terbang ketika waktu puncak seperti musim cuti sekolah dan cuti perayaan. - Foto fail
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada malam sabtu, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.
MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.
MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.
Mavcom boleh beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan lagi - Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) masih boleh beroperasi secara berasingan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum penggabungannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysi
20 juta penumpang bakal menikmati PSC lebih rendah - Mavcom
Lapangan terbang yang dijangka mengenakan caj PSC lebih rendah antaranya Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Sibu.