awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi lelaki dijumpai dengan perut terburai

Bernama
Bernama
29/06/2018
09:42 MYT
Mayat bayi lelaki dijumpai dengan perut terburai
Penemuan mayat bayi cukup sifat yang masih bertali pusat itu dilaporkan kepada pihaknya oleh orang awam yang melalui jambatan berkenaan. -BERNAMA
Satu mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan perut terburai di atas jambatan Sungai Dua menghala Pelabuhan Klang, di sini kira-kira 10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berkata penemuan mayat bayi cukup sifat yang masih bertali pusat itu dilaporkan kepada pihaknya oleh orang awam yang melalui jambatan berkenaan.
Beliau berkata mayat bayi itu dipercayai cuba dicampak ke dalam sungai tersebut, namun gagal menyebabkannya terjatuh di penghadang jalan jambatan berkenaan.
"Polis sedang memburu ibu kepada mayat bayi berkenaan dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk menyalurkan maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mazelan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk proses bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#Klang
#lelaki
#mati
#mayat
#polis
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan