awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak lemas ditemui

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/09/2022
00:20 MYT
Mayat kanak-kanak lemas ditemui
Mayat mangsa dijumpai jam 2.30 pagi Selasa pada jarak kira-kira 12 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.- - Astro AWANI
DUNGUN: Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pulau Serai yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali pada Isnin ditemukan lemas.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata mayat Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, dijumpai jam 2.30 pagi Selasa pada jarak kira-kira 12 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Menurut Azman, pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa di dasar sungai pada kedalaman 2.5 meter.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa dijumpai jam 2.30 pagi Selasa pada jarak kira-kira 12 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Mayat mangsa dijumpai jam 2.30 pagi Selasa pada jarak kira-kira 12 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Dalam kejadian petang Isnin, keriangan lima sahabat mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya dikhuatiri lemas.
BACA: Budak dipercayai lemas selepas dihanyut air sungai
Mangsa Abdul Rafiuddin disedari hilang kira-kira jam 6 petang.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan seramai 32 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk polis, bomba, angkatan pertahanan awam dan orang awam.
Topic Berkaitan
#lemas
#Kanak-kanak
#mandi
#Sungai Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan