awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pegawai Imigresen disyaki langgar SOP pengeluaran pasport ditahan
Sembang dengan chatbot setiap hari undang kemurungan - Kajian AS
Presiden Filipina stabil, di bawah pemantauan selepas alami ketidakselesaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB, Exco Terengganu potong sebulan gaji bantu Palestin

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2021
01:59 MYT
MB, Exco Terengganu potong sebulan gaji bantu Palestin
MOHD NOR: Setakat ini, syarikat GLC turut menyumbangkan dana dengan bantuan terkumpul sebanyak RM100,000. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju menyumbang sebulan gaji masing-masing untuk disalurkan ke dalam Tabung #Aid4Palestine.
Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.
"Setakat ini, syarikat GLC turut menyumbangkan dana dengan bantuan terkumpul sebanyak RM100,000. Langkah ini adalah komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel.
"Saya ingin menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat untuk menyumbang bagi membantu penduduk Palestin," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.
Dalam pada itu, katanya, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah giat menggerakkan kempen bagi meningkatkan lagi kutipan dana untuk membantu rakyat Palestin.
Beliau berkata, ia sebagai platform bagi membolehkan seluruh rakyat di negeri ini untuk sama-sama menghulurkan sumbangan.
Sebelum ini, kerajaan mengambil langkah menubuhkan sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.
Artikel asal di Sinar Harian: MB, Exco Terengganu potong sebulan gaji bantu Palestin
Topic Berkaitan
#NGO
#PAS
#Israel
#Exco
#Palestin
#ADUN
#GLC
#kerajaan
#Zionis
#Aid4Palestine
#gaji
#solidariti
#sumbangan
#Wan Sukairi Wan Abdullah
#dana
#bantuan kewangan
#potong gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan