MCA optimistik sokongan masyarakat Cina kembali meningkat kepada Barisan Nasional (BN) dan parti itu kini dalam kedudukan terbaik memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan tinjauan dan maklum balas diterima di peringkat akar umbi, undi komuniti berkenaan akan kembali bertambah kepada parti itu.
"MCA sedang berusaha keras dan mempunyai pasukan yang mantap, manakala pembangkang berpecah tanpa visi. Kita sedia menggempur dan memenangi semula kerusi yang kita kalah dahulu," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-64 di Wisma MCA, di sini hari ini.
Sebagai persediaan menghadapi PRU14, beliau berkata MCA memahami keperluan dan kehendak kaum Cina, dan akan melaksanakan pelbagai strategi bagi mendekati mereka terutama golongan muda yang merupakan majoriti pengundi pada pilihan umum akan datang itu.
"Kita mempunyai mekanisme untuk mendekati mereka. Kita mempunyai institusi pendidikan bagi golongan muda untuk melibatkan diri mereka dalam pembinaan negara," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA meningkatkan usaha untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRU14 dengan sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen berbanding tujuh kerusi pada PRU13.
Beliau berkata tambahan kerusi Parlimen itu perlu bagi memastikan masyarakat Cina terus mempunyai suara dalam kerajaan majmuk Barisan Nasional (BN) serta keperluan dan kepentingan mereka terjaga.
Mengenai senarai calon bagi PRU14, Liow berkata MCA bakal menampilkan muka baharu dan beberapa penyandang akan digugurkan.
Liow juga mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Bentong yang dimenanginya sejak 1999 pada PRU14.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata parti itu juga telah menghantar Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) ke Pulau Pinang yang dilanda banjir kilat dan ribut taufan, sejak semalam.
Sementara itu, Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-64 yang berakhir hari ini, turut meluluskan 15 resolusi merangkumi lima aspek - hal ehwal parti, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan.
Antara diluluskan sebulat suara oleh 1,526 perwakilan adalah menyokong Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan menggesa masyarakat Cina di semua peringkat menyertai transformasi dan pembangunan nasional bagi mencapai misi menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Perhimpunan agung itu juga mahu kesemua anggota MCA menolak sekeras-kerasnya sebarang kenyataan dan tindakan ekstrimis sehingga boleh memecah-belahkan masyarakat.
Menyentuh aspek ekonomi, MCA mahu kerajaan menggubal suatu pelan menyeluruh bagi memajukan e-perniagaan termasuk pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 dan penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital bagi memastikan rakyat turut serta dalam pembangunan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2017
LIOW: MCA sedang berusaha keras dan mempunyai pasukan yang mantap.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.