KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melepasi sasaran awalnya bagi gentian optik tetap untuk pemasangan jalur lebar yang telah siap di negara ini, sebanyak 123.1 peratus.
Pengerusinya Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata MCMC telah komited untuk mencapai 352,101 premis yang dilengkapkan dengan gentian optik, namun, setakat ini telah mencapai 433,477 premis, iaitu 123.1 peratus siap sehingga 16 Dis 2020.
“Kami meletakkan gentian itu dengan berterusan dan jangkaan jumlah pada tahun ini ialah 435,947 untuk disiapkan menjelang 31 Dis 2020, dengan pencapaian 123.8 peratus,” katanya kepada pemberita dalam taklimat media bagi laporan suku pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA), secara maya di sini, semalam.
Fadhlullah Suhaimi berkata laporan JENDELA adalah mengikut suku tahunan, oleh itu, sasaran yang ditetapkan akan dilaporkan mengikut pelaksanaan.
“Laporan seumpama ini bertujuan menjadikan JENDELA sebagai rancangan yang amat telus, untuk memberikan semangat yang secukupnya kepada kami serta industri bagi memastikan apa sahaja janji yang telah dibuat menerusi program ini akan dilunaskan seperti dirancang,” katanya.
Bagi jalur lebar mudah alih, MCMC serta penggiat telekomunikasi (telco) yang lain berjaya melengkapkan penempatan 746 tapak, iaitu pencapaian sebanyak 79.4 peratus sehingga 16 Dis 2020.
MCMC mengunjurkan bahawa, ia akan melengkapkan 875 penempatan tapak jalur lebar mudah alih baharu bersama-sama pemain telco lain, iaitu penyiapan 93.1 peratus berbanding sasaran awal 940 penempatan tapak menjelang 31 Dis 2020.
Sehingga 16 Dis 2020, MCMC serta pemain telco yang lain telah menaik taraf 16,029 kawasan dengan kadar pelaksanaan 98.9 peratus.
MCMC serta penyedia telco telah berjaya mencapai jangkaan 16,366 tapak yang dinaik taraf untuk disiapkan menjelang 31 Dis 2020 berbanding sasaran awal 16,214, peningkatan 100.9 peratus daripada yang diunjurkan, kata Fadhlullah Suhaimi.
Beliau berkata JENDELA mempunyai aspirasi nasional menjelang 2025 iaitu sembilan juta premis dilengkapi kelajuan melebihi 100Mbps menerusi pelaksanaan 5G, di samping liputan 4G sebanyak 100 peratus di kawasan berpenduduk.
“Sasaran akhir adalah agar sembilan juta rumah mempunyai gentian yang diluluskan memandangkan penting untuk negara mempunyai rangkaian gentian yang meluas pada masa depan. Kedua, mendapat rangkaian 4G yang tepat sebelum kita beralih kepada 5G dan dengan itu mendorong kelajuan mudah alih untuk melebihi 100 Mbps.
“JENDELA bukanlah berkenaan 4G, tetapi menyediakan kita kepada 5G dan oleh itu, sekiranya kita agak baik dalam mencapai sasaran, kita tiada alasan untuk mempertimbangkan 5G di negara ini,” katanya.
Fadhlullah Suhaimi berkata pelan tindakan JENDELA merangkumi pembinaan 940 tapak mudah alih baharu di bandar dan pinggir bandar, menaik taraf 16,214 stesen pangkalan yang sedia ada di kawasan bandar dan pinggir bandar dan melaksanakan gentian optik kepada 352,101 premis pada tahun ini.
Sementara itu, MCMC antara lain akan menaik taraf stesen pangkalan 2G/3G yang sedia ada kepada 4G untuk meluaskan liputan dan meningkatkan kelajuan, menamatkan rangkaian 3G dan menukar spektrum itu kepada penggunaan teknologi 4G serta melaksanakan gentian optik kepada 1,245,452 premis tambahan.
Untuk tempoh 2020 hingga 2022, MCMC merancang untuk membina 1,661 tapak baharu di seluruh Malaysia bagi meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman dan melaksanakan gentian optik di 929,631 premis tambahan.
Fadhlullah Suhaimi berkata wujud isu dasar untuk diselesaikan MCMC di peringkat negeri dan persekutuan serta cabaran yang wujud antara agensi.
Mengenai kekurangan tapak jalur lebar mudah alih, beliau berkata faktor-faktor seperti perancangan yang tidak sempurna dan kekurangan pelaksanaan; bantahan orang ramai; birokrasi negeri; kelulusan di peringkat pihak berkuasa tempatan; halangan pengambilalihan tapak serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, telah menjejaskan operasi itu.
JENDELA bertujuan menyediakan rakyat Malaysia dengan akses yang berkualiti kepada kesalinghubungan digital di seluruh negara dan ia dilaksanakan dalam dua fasa.
Fasa pertama (2020-2022) akan membolehkan sehingga 7.5 juta kelajuan gigabit premis dengan jalur lebar tetap; liputan mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.8 peratus di kawasan berpenduduk; menaik taraf kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25 megabit sesaat (Mbps) kepada 35Mbps dan melibatkan usaha penamatan rangkaian 3G secara berperingkat menjelang akhir 2021.
Fasa dua (2022 dan berikutnya) pula melibatkan penggunaan akses tetap tanpa wayar dan teknologi lain yang bersesuaian bagi menangani jurang digital selain menyasarkan pelaksanaan 5G sebaik perancangan dalam fasa pertama dapat dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Fadhlullah Suhaimi berkata wujud isu dasar untuk diselesaikan MCMC di peringkat negeri dan persekutuan serta cabaran yang wujud antara agensi. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MCMC kesan pembekal perkhidmatan telco di Labuan tidak tepati sasaran
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi di sini tidak menyediakan perkhidmatan berkualiti.
Peta Jendela kini boleh diakses menerusi Portal Jendela
Secara umumnya, Peta Jendela mempunyai tiga fungsi utama yang merangkumi peta liputan, maklum balas pengguna, dan status maklum balas.
Inisiatif PAKEJ pastikan perkhidmatan kurier lebih cekap - MCMC
Masa tidak lagi dibuang untuk perkhidmatan penghantaran perlu melalui proses penghantaran hingga ke tangan penerima.
MCMC jangka DNB akan buka tender 5G tidak lama lagi
Fadhlullah Suhaimi membayangkan bahawa tender untuk pembangunan infrastruktur 5G yang dianggarkan bernilai RM15 bilion akan diumumkan tidak lama lagi.
6.7 juta premis lulus bagi gentian optik peringkat kedua Jendela - MCMC
Sebanyak 5.7 juta premis telah diluluskan untuk gentian optik bagi peringkat kedua Jendela.
Liputan 4G seluruh negara sekarang pada 93 peratus - Pengerusi SKMM
SKMM yakin liputan rangkaian 4G akan mencapai sehingga 95 peratus menjelang akhir tahun ini selaras dengan sasaran liputan 96.9 peratus menjelang akhir 2022 di bawah inisiatif JENDELA.
SKMM mulakan sistem pengumpulan data capaian internet bulan depan
Pada suku keempat tahun ini, SKMM menjangkakan pengguna boleh melihat kualiti perkhidmatan internet oleh pembekal masing-masing.
MCMC minta kerjasama orang ramai lapor penyebaran berita palsu
Orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan tentang berita palsu dan mengelirukan yang disebarkan di media sosial atau SMS kepada MCMC terutama ketika wabak COVID-19 melanda negara.
MCMC lepasi sasaran awal pemasangan jalur lebar gentian optik tetap sebanyak 123.1 peratus
Untuk tempoh 2020 hingga 2022, MCMC merancang untuk membina 1,661 tapak baharu di seluruh Malaysia bagi meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Inisiatif Jendela: COVID-19 buka mata tambah baik kualiti jaringan internet 4G
Pengerusi MCMC akui rangkaian sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang meningkat dengan mendadak.