awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCW dakwa pengusaha stesen minyak dalang penyeludupan diesel

Bernama
Bernama
24/06/2024
15:31 MYT
MCW dakwa pengusaha stesen minyak dalang penyeludupan diesel
MCW menggesa KPDN untuk menjalankan kajian terperinci, mengenai jumlah diesel yang terjual di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendakwa kes penyeludupan diesel bersubsidi berpunca daripada keterlibatan sebahagian pengusaha stesen minyak di sempadan, yang menjual diesel dalam kuantiti tidak munasabah atau berulang kepada penyeludup.
Justeru, MCW menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menjalankan kajian terperinci, mengenai jumlah diesel yang terjual di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan negara.
"MCW juga mencadangkan kajian ini melibatkan perbandingan jumlah diesel yang terjual dalam masa tiga bulan sebelum dan seminggu selepas kenaikan harga diesel yang diumumkan baru-baru ini," menurut kenyataan MCW hari ini.
Kenyataan MCW memaklumkan jika terdapat perbezaan ketara dalam jumlah diesel yang terjual, tindakan tegas harus diambil terhadap stesen minyak yang terlibat, bagi memastikan tiada penyelewengan atau manipulasi yang merugikan pengguna dan negara.
Kenyataan MCW itu merujuk laporan media yang menyatakan bahawa beberapa stesen minyak di kawasan sempadan menunjukkan suasana lengang selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.
"Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai tingkah laku pembelian diesel oleh pengguna terutamanya di kawasan sempadan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyeludupan diesel
#kpdn
#stesen minyak
#kawasan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan