Kehadiran dua remaja yang lengkap berpakaian seragam sekolah menengah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada tengah hari Isnin menambahkan tanda tanya berhubung kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan.
Ketika diiringi polis memasuki kamar mahkamah, wajah kedua-dua remaja yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun itu ditutup dengan kain.
Begitu juga dengan Samirah Muzaffar, 44. Wajah wanita itu berselubung.
Ketiga-tiga mereka merupakan suspek yang dihadapkan di mahkamah berkenaan atas dakwaan membunuh Nazrin.
Kecoh seketika persekitaran mahkamah dengan jeritan pihak polis mengawal suasana serta kekalutan pengamal media membuat liputan kes berprofil tinggi itu.
Dalam diri semua yang menghadiri perbicaraan itu tertanya-tanya, kenapa Nazrin dibunuh pada 14 Jun tahun lalu menjelang sambutan Aidilfitri?
Ketika umat Islam bersiap sedia mahu menyambut hari kebesaran penuh kemuliaan itu, berita duka pemergian Nazrin mengejutkan seluruh negara.
Kejutan tambah berganda apabila isteri Allahyarham Nazrin, Samirah dan dua remaja di bawah umur itu turut terpalit dalam kes pembunuhan ini.
Di mahkamah yang sama tentu sekali segala persoalan akan terjawab.
Sukar untuk meneka, jauh sekali untuk mendasari gejolak jiwa ketiga-tiga individu yang ditangkap polis awal pagi Isnin untuk didakwa di mahkamah.
Di dalam mahkamah ketika pertuduhan ke atas mereka dibaca di depan majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, baik Samirah dan dua remaja berkenaan cukup tenang.
Pemerhatian Astro AWANI dari jauh sukar untuk membaca 'air muka' mereka, sebaliknya, ketiga-tiga mereka sekadar angguk menandakan faham dengan pertuduhan yang dibacakan walaupun hukuman yang menanti mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Di satu sudut lain, kelibat ahli keluarga ketiga-tiga tertuduh tersebut termasuk ayah Samirah yang juga penganalisis politik dan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar hadir berkerusi roda memberikan sokongan buat anaknya itu.
Seperti majoriti rakyat Malaysia, semua yang berada di mahkamah turut tertanya-tanya apakah jawapan di sebalik kematian Allahyarham Nazrin.
BACA: Kematian CEO Cradle sebab kecederaan berganda di kepala?
BACA; Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
BACA : Balu, dua remaja lelaki didakwa bunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
Hasimi Muhamad
Mon Mar 04 2019
SUSPEK kes kematian Allahyarham Nazrin dikawal ketat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Berusia 30 tahun ke atas, aktif media sosial, pendapatan kukuh jadi sasaran
Mereka yang berusia 30 tahun ke atas, aktif di media sosial dan mempunyai pendapatan kukuh merupakan sasaran sindiket penipuan jenayah komersial.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Rayuan pendakwaan berhubung kes bunuh CEO Cradle Fund diputuskan esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Has
Menanti jawapan misteri kematian bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
KEHADIRAN dua remaja berpakaian seragam sekolah menengah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor menarik perhatian ramai
Isteri, 2 anak lelaki bekas CEO Cradle Fund bakal didakwa kerana membunuh
Polis menahan isteri dan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan di kediaman mereka awal pagi Isnin.