KUALA LUMPUR: Personaliti dan keperibadian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang lembut tutur katanya, teliti, menghormati semua orang dan berintegriti tinggi sukar dicari ganti.
Bekas menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, negara kehilangan seorang tokoh yang telah menyediakan standard tinggi kepada sistem pentadbiran Malaysia.
Secara peribadi pula, Ahmad Shabery mengakui beliau kehilangan seorang individu yang dianggap sebagai mentor, guru dan sahabat buatnya.
“Beliau seorang yang halus, lembut dalam tutur katanya, dalam cara berkomunikasi, menghormati orang yang sepatutnya menjadi contoh kepada satu tahap personaliti yang menjadi standard kepada rakyat terutamanya mereka yang menerajui penjawat awam.
BACA: Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi
“Beliau juga terkenal dengan integriti yang tinggi, taat kepada negara dan sentiasa mementingkan nilai-nilai yang tinggi, itu merupakan satu perkara yang sukar diperolehi.
“Saya anggap beliau sebagai seorang mentor, guru, seorang sahabat yang begitu tinggi nilainya dalam kehidupan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa hadir ke pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara di sini pada Sabtu.
Tambah Ahmad Shabery, Allahyarham juga telah meninggalkan legasi yang cukup besar terutamanya dalam menjadikan pentadbiran awam dilihat sebagai pentadbiran yang benar-benar profesional.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara, di sini, kira-kira pukul 11.58 pagi.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham selesai disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada pukul 11.40 pagi.
Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menghembuskan nafas terakhir jam 1.40 pagi ini, pada usia 82 tahun.
Menurut catatan Unit Perhubungan Korporat IKIM, Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.
Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.
Astro Awani
Sat Aug 28 2021
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.58 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Ogos 2021.
Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Sarji
Allahyarham Tun akan senantiasa dikenang atas setiap sokongan dan usahanya buat Pusat Pengajian Islam Oxford.
Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek
Negara kehilangan seorang tokoh yang telah menyediakan standard tinggi kepada sistem pentadbiran Malaysia.
Mengenang Tun Ahmad Sarji: Sikap 'apolitical' beliau perlu dicontohi
Ketegasan Allahyarham dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) turut disegani oleh penjawat awam serta ahli politik sendiri.
Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada pukul 11.40 pagi.
Anak nafi bekas KSN Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bapanya yang tular di medial sosial.
Najib lancar projek Warisan Merdeka, bakal muncul menara tertinggi Malaysia
Ia adalah sebuah projek pembangunan milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dijangka siap pada tahun 2020.
ASB beri dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.