ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Ogos 2021.

1. Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi, menurut KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali.

2. Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertama

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72kg.

3. Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri

Senarai barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat tidak perlu dipertikaikan kewajarannya atau dilihat dari kaca mata politik seperti sebelumnya, kata Presiden Majlis Profesor Negara.

4. PM pulang ke kampung halaman, ziarah pusara ibu bapa

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Temerloh, Pahang, genap seminggu selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

5. Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

6. Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua

Kerajaan dilapor sedang mengadakan rundingan bersama blok pembangkang dalam usaha mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA).

7. Ziarah kubur bukan musim perayaan dibenarkan - KP MKN

Aktiviti ziarah kubur semasa bukan musim perayaan adalah dibenarkan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.

8. Semua program, strategi kesihatan lawan COVID-19 dikendali KKM - PM

Jika dahulu dua agensi yang diberi tugas mengendali dan menguruskan pemberian vaksin COVID-19 negara, tetapi kini hanya Kementerian Kesihatan yang diberikan tanggungjawab itu.

9. PDRM siasat dakwaan dua anggota Daish warga Malaysia ditahan di Kabul

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan susulan laporan dan dakwaan kononnya terdapat dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan kerana terlibat sebagai anggota Daish.

10. Malaysia berupaya hasilkan vaksin COVID-19 tempatan - Dr Adham

Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin.