Kesediaan untuk bekerjasama dan tidak berperangai dominan adalah antara ciri tokoh politik beracuan demokrasi seperti legasi yang ditinggalkan Almarhum Tunku Abdul Rahman, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata demikian dalam forum ‘Tunku & Pak Samad: Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan' yang dilangsungkan di sebuah hotel di ibu negara pada Sabtu lalu.
“Saya hanya mengenali Tunku Abdul Rahman seperti anda mengenali beliau. Siapalah saya untuk membicarakan tentang tokoh besar ini?" Kata Mujahid bermukadimah.
Menurut beliau sebagai generasi yang datang kemudian, merasakan bahawa walaupun tidak sezaman dengan tokoh besar berkenaan, namun ada beberapa perkara yang boleh dikongsikan.
“Dalam pada (pemimpin) perlu meletakkan diri dalam perjuangan yang diyakini, kita juga mesti menjangkau dasar dan perjuangan (untuk sampai) kepada masyarakat yang lebih besar,” ujar Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Mujahid yang sering memetik ciri kepimpinan Tunku Abdul Rahman dalam ucapan, mengakui menjadi pemimpin politik pada hari ini adalah sesuatu yang sukar.
“Katakanlah dalam satu senario di mana saya perlu membuang undi. Dalam diri dan naluri sedar, saya tidak setuju tetapi parti saya kata kena sokong. Boleh anda bayangkan, dilema yang saya hadapi ketika itu?
“Sudah berlaku ahli politik yang cuba berbuat demikian (mengikut kata hati sendiri) akhirnya dipecat oleh parti. Maka, sejauh manakah seorang ahli politik yang menganggotai sesebuah parti dapat sampai ke tahap kematangan begitu rupa?” tanya Mujahid.
Menurutnya, dalam situasi hari ini apabila kebanyakan ahli politik menjalankan politik berasaskan parti, beliau mengharapkan akan wujud tokoh yang berpolitik mengikut kesedaran dari dalam diri.
Tambah Mujahid, dalam konteks kepentingan masyarakat yang lebih besar, pendirian seseorang ahli politik untuk berbuat sesuatu mengikut dasar kepercayaannya, tidak boleh dianggap sebagai ‘dosa’ kepada parti sebaliknya sebagai hak untuk ahli politik itu menyatakan sesuatu.
Begitupun realitinya hari ini, kata Mujahid, seseorang ahli politik tidak dapat lari daripada hakikat survival berasaskan sokongan daripada partinya.
“Tunku Abdul Rahman telah melaluinya. Saya kira bukan mudah bagi Tunku. Perjuangan beliau yang menyatakan tentang perpaduan kaum bukan lagi menjadi retorik politik, tetapi itu menjadi keyakinannya. Maka beliau berpegang kepada itu sehingga ke akhir hayat beliau.
Dalam membicarakan soal demokrasi, kata Mujahid, ia tidak boleh ditegak dan diakarumbikan jika seorang yang memperjuangkannya bukan seorang yang bersifat demokrat.
“Kita boleh bercakap tentang struktur demokrasi, khususnya dalam kempen pilihan raya, namun jika yang bercakap itu tidak (menghayati erti) demokrasi, bagaimana dia boleh mengubah sistem?
Mujahid berkata, beliau menemui beberapa kayu pengukur untuk menilai sama ada seseorang itu benar-benar tokoh demokrasi.
“Pertama, kesediaan untuk bekerjasama. Apa salahnya sedang kita berkelahi dan berbalah tentang parti politik, kita berbicara tentang agenda masa depan negara,” katanya yang mahu ia berlaku secara telus dan terbuka, tanpa memikirkan soal gabungan parti tetapi memikirkan ke arah pencapaian untuk dinikmati bersama.
Kedua, menurut Mujahid, adalah menolak segala sifat yang dominan. Seseorang pemimpin itu perlulah pada satu tahap mengerti akan makna istilah agree to disagree (bersetuju untuk tidak bersetuju), dan bukannya hanya menerima satu aliran pendapat hingga menafikan pendapat yang lain.
“Ketiga adalah integratif iaitu seseorang pemimpin bersedia dan berupaya untuk mengintegrasikan dirinya terhadap kepelbagaian yang ada, khususnya dalam (berdepan) perkara-perkara besar yang ada kepentingan untuk negara.
“Dan yang keempat adalah sifat toleransi yang tinggi,” kata Mujahid.
Namun menurut beliau, ada sesetengah orang tidak suka pada perkataan ‘toleransi’ kerana beranggapan bahawa ia bermaksud ‘terpaksa menerima sesuatu yang tidak disukai’.
“Itu pengertian yang silap. Toleransi yang bagus dalam konteks hari ini adalah untuk bertolak ansur dengan perbezaan. Saya mungkin tidak bersetuju dengan pandangan anda dan sukar menerimanya tetapi saya boleh dibawa berbincang,” ujar Mujahid.
Semua ciri tersebut adalah kayu pengukur yang boleh menentukan sama ada seorang ahli politik itu benar-benar dapat diangkat sebagai negarawan yang demokratik.
**Ikuti juga rencana khas Mengenang Tunku dalam artikel-artikel berikut:
- Sebuah masa lalu, sebuah masa depan
- Aspirasi pendidikan nenda refleksi kehendak rakyat - Tunku Munawirah Putra
- Almarhum sama seperti Ayatollah Khomeini - Datuk Ibrahim Ali
Hamzah Hamid
Tue Feb 10 2015
Realitinya hari ini, kata Mujahid, seseorang ahli politik tidak dapat lari daripada hakikat survival berasaskan sokongan daripada partinya. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.
Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.
#PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan
Terdahulu, Mahkamah Konstitusi (MK) memutuskan mengubah had usia pencalonan kepala daerah yang dicadangkan oleh Parti Buruh dan Gelora.
'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.
Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.
Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.
Setahun PM Anwar: Politik Malaysia stabil, kepercayaan rakyat kepada demokrasi pulih
Perdana Menteri ke-10 itu berjaya memimpin kerajaan Pusat tanpa tekanan politik keterlaluan.