PETALING JAYA: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd pada Jumaat melancarkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah elektrik dengan tujuh tempat duduk terbaharu, EQS 580 4MATIC, yang disasarkan untuk rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga besar dan juga pasaran massa yang meminati SUV mewah.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, tambahan terbaru kepada portfolio EQ yang kesemuanya dijana elektrik ini mewakili kemuncak dalam kalangan lapan varian model sedia ada, merangkumi semua segmen kenderaan.
Varian baharu itu menggabungkan ciri-ciri yang sentiasa menjadi tarikan dalam model EQS dengan kebolehsuaian sebuah SUV yang mampu memuatkan tujuh penumpang dengan selesa.
"Reka bentuknya yang futuristik adalah gabungan kontur yang diadun secara harmoni bagi membangkitkan emosi, dengan permukaan yang direka teliti, ia menunjukkan estetika yang menjadi tanda pengenalan jenama kami," katanya semasa acara pelancaran model baharu itu yang diadakan di sini.
Zhang seterusnya berkata pelancaran itu sejajar dengan komitmen teguh syarikat terhadap kemampanan dan inovasi digital ke arah masa depan serba elektrik.
Tersedia sebagai varian tunggal dengan enam pilihan warna iaitu obsidian black, sodalite blue, selenite grey, high tech silver, emerald green dan diamond white bright, kereta itu dijual pada harga RM699,888 di atas jalan tanpa insurans, dengan cukai jualan 10 peratus (untuk Semenanjung Malaysia).
Pelanggan boleh membuat tempahan mereka mulai hari ini di mana-mana cawangan premiumnya di seluruh negara. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah elektrik dengan tujuh tempat duduk terbaharu, EQS 580 4MATIC.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Bos Mercedes-Benz gesa EU turunkan tarif kenderaan elektrik China
Tarif terhadap kereta elektrik yang diimport dari China harus diturunkan di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Eropah (EC) terhadap import kereta elektrik dari China.
'Ada perkara yang kita tak mampu boikot' - Ahmad Fadhli
Semalam, Zhemin mempersoalkan Kerajaan Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah, Mercedes Benz yang turut menyumbang kepada ekonomi Israel.
Mercedes-Benz Malaysia perkenal SUV EV baharu dengan 7 tempat duduk
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah elektrik dengan tujuh tempat duduk terbaharu, EQS 580 4MATIC.
Pemandu Mercedes Benz berdepan denda RM1 juta seludup minyak petrol
Pemandu Mercedes Benz itu akan berulang-ulang setiap hari dengan membawa dan menjual bahan api kawalan itu ke negara jiran.
7 pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 326,723 kenderaan
Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu.
2 maut dalam insiden tembakan di kilang Mercedes-Benz
Menurut jurucakap pejabat pendakwa raya Stuttgart, suspek berusia 53 tahun berjaya ditahan susulan kejadian di Sindelfingen.
Cycle & Carriage Bintang dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia hari ini
Pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berkuat kuasa hari ini.
Firma Singapura Jardine CCL tingkatkan ekuiti 91% dalam Cycle & Carriage Bintang
Jardine CCL membuat tawaran terkini pada harga RM2.70 sesaham.
Ahli perniagaan ditahan menyamar Datuk
Wanita berkenaan mempamerkan lambang dan lencana Ahli Majlis Dato'-Dato' Negeri Kelantan pada dua buah kereta mewah dipercayai miliknya.
Masalah brek: Mercedes panggil balik hampir sejuta kenderaan
Syarikat itu berkata pemilik kenderaan akan dihubungi berikutan masalah yang disifatkan sebagai "hakisan teruk".