awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Raja-Raja pilih Agong ke-16 selesai

Bernama
Bernama
24/01/2019
05:16 MYT
Mesyuarat Khas Raja-Raja pilih Agong ke-16 selesai
Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan lepas. - Gambar fail
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara selesai pada 12.45 tengah hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin itu berlangsung selama lebih satu jam.
Mesyuarat bermula 11.15 pagi itu dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.
Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
BACA: Mesyuarat pilih Agong baharu hari ini
Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan lepas.
Kenyataan rasmi mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dijangka dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad petang ini.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja
#Sultan Ibrahim
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Sultan Muhammad V
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Syed Danial Syed Ahmad
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan