KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik pelan Microsoft Corp untuk menubuhkan pusat data serantau pertamanya di Malaysia yang akan mempercepatkan inovasi negara dalam teknologi awan.
Agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama kerajaan itu yakin inisiatif Bersama Malaysia Microsoft akan menjadi pemacu kepada agenda digital pertama negara sejajar dengan aspirasi MyDIGITAL negara, selain meningkatkan keyakinan pelabur tempatan dan asing di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman berkata pelaburan Microsoft dengan pusat data serantau pertamanya di negara ini menjadi bukti kukuh terhadap dasar pelaburan Malaysia yang pro-perniagaan, pro-perdagangan dan mesra perniagaan.
"Kehadiran Microsoft, penggiat teknologi global, mengembangkan kedudukannya dalam infrastruktur digital di Malaysia membantu membentuk tulang belakang untuk ekosistem digital yang mampan.
"Aspek paling penting, komitmen Microsoft melalui infrastruktur digital bertaraf dunia akan meletakkan kita dalam kedudukan yang lebih tinggi untuk maju ke arah negara digital," katanya dalam kenyataan hari ini.
MIDA berkata pusat data serantau Microsoft yang akan datang dijangka memberi manfaat kepada perniagaan tempatan, kerajaan dan masyarakat dalam semua sektor, selain pengguna akan mendapat akses yang cepat kepada perkhidmatan awan paling maju Microsoft serta kemampuan untuk menyimpan data dan aplikasi di negara ini.
Pusat data serantau tempatan itu akan terdiri daripada pusat data yang terletak di Greater Kuala Lumpur, beroperasi dalam perimeter yang ditentukan latensi dan dihubungkan melalui rangkaian latensi rendah yang khusus.
"Kami akan terus menyokong usaha Microsoft di Malaysia, terutamanya dalam mentransformasikan landskap digital, infrastruktur dan tenaga kerja mahir negara, sekali gus meningkatkan daya saing dan tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan teknologi tinggi," kata Arham.
Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K. Raman berkata: "Kami berasa rendah hati dengan sokongan yang diberikan oleh MIDA dan kami berharap dapat mengukuhkan kerjasama kami dalam merealisasikan aspirasi digital inklusif Malaysia."
Inisiatif Bersama Malaysia Microsoft telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin dengan pusat data serantau pertama itu melibatkan pelaburan sekurang-kurangnya US$1 bilion (US$1= RM4.1180) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Penubuhan itu dijangka mewujudkan 19,000 pekerjaan, termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan IT dalam kalangan pengguna awan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Arham berkata pelaburan Microsoft dengan pusat data serantau pertamanya di negara ini menjadi bukti kukuh terhadap dasar pelaburan Malaysia yang pro-perniagaan, pro-perdagangan dan mesra perniagaan. - BERNAMA
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Cortana langgar paten, Microsoft diarah bayar ganti rugi AS$242 juta
Saman difailkan pada tahun 2018 tetapi hanya mula dibicarakan seminggu lalu.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Microsoft OneDrive versi web kini sokong mod luar talian
Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Microsoft uji paparan iklan pada menu Start di Windows 11
Microsoft mengatakan sokongan ini hanya terhad untuk pengguna peranti peribadi sahaja, dan penggunaan peranti komersial yang diuruskan oleh organisasi tidak terkesan dengan ujian ini.
Windows uji versi Notepad dengan integrasi ciri semakan ejaan
NOTEPAD merupakan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada sistem operasi Windows, sekali gus memudahkan para pengguna untuk melakukan catatan pantas, atau membuka dokumen berbentuk *txt.