KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan (Mindef) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Asia Barat untuk membantu menguruskan keselamatan para pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
Beliau berkata Mindef akan berbincang dengan Kementerian Luar dan mendapatkan maklumat berhubung perkembangan semasa situasi di Asia Barat.
"Kalau ada keperluan permohonan bantuan, Mindef akan berikan namun buat masa ini, Mindef tidak menerima sebarang permohonan.
"Kami akan terus berkomunikasi dan bekerjasama termasuk dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan pelajar yang terlibat adalah di bawah kementerian berkenaan," katanya pada Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Sambutan Hari Raya MADANI di sini hari ini.
Jumaat lepas, Israel melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Tehran pada hujung minggu lepas.
Tel Aviv sebelum ini memberi amaran akan menyerang balas selepas Iran melancarkan 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada hujung minggu lepas namun kebanyakannya telah dipintas.
Serangan Tehran itu bagi membalas tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini.
Sementara itu, Adly ketika mengulas mengenai kebajikan veteran ATM berkata terdapat 212,000 ahli yang berpencen dan tidak berpencen di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran dan tidak timbul isu keciciran bantuan kepada mereka.
Beliau berkata menerusi Sistem Vibes 2.0 yang mengemas kini data golongan veteran, pihaknya akan terus membantu mereka menerusi persatuan.
Adly berkata sejumlah 27,000 daripada 41,000 veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 sebulan berdasarkan paras garis kemiskinan pada kadar RM1,196.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan. - Gambar fail
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan kebimbangan terhadap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terus mengalami kelewatan.
'Kartel perolehan': Mindef akan beri kerjasama sepenuhnya
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga selesai siasatan kes "kartel perolehan".
Mindef pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertingkatkan lagi keupayaan aset ATM menerusi perolehan 12 unit helikopter baharu, tiga kapal misi pesisir dan 136 unit kenderaan perisai mobiliti tinggi.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Pelaksanaan pelan mobilisasi projek LCS belum capai tahap signifikan - PAC
PAC mendapati pelaksanaan pelan mobilisasi Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM belum mencapai tahap yang signifikan.
Hanya remaja lahir pada 2007 dipanggil jalani PLKN 3.0 mulai tahun depan
Mindef berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.