KUALA LUMPUR: Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, delegasi Malaysia pada mesyuarat itu juga akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
"Insya-Allah bermula hari ini (Ahad), saya bersama menteri-menteri kanan serta delegasi Malaysia yang lain akan menghadiri persidangan serta mengadakan beberapa pertemuan penting bersama pemimpin dunia dan ketua-ketua korporat global.
"Pertemuan dan persidangan ini antara lain akan menyentuh perkara-perkara terkait kepentingan negara, bermula dengan sesi Plenari Pembukaan bertemakan Visi Baharu Pembangunan Global pagi ini di mana saya akan menyampaikan ucapan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Anwar yang tiba di Riyadh pada 10.25 malam tadi waktu tempatan atau 3.25 pagi ini waktu Malaysia, turut memohon doa buat kejayaan delegasi Malaysia dalam misi tersebut.
Sementara itu, Anwar juga menerusi hantaran di Facebook berkongsi kekhuatiran beliau terhadap budaya membaca bahan bacaan seperti majalah Dewan Masyarakat tidak popular dalam kalangan anak muda di sekolah dan universiti.
"Termenung mencari kaedah terbaik menyemarakkan budaya iqra’ (baca) dan menyuburkan tradisi aqliyah (tradisi ilmu)," katanya yang menjadikan Dewan Masyarakat sebagai bahan bacaan dalam penerbangan ke Riyadh.
Anwar berkongsi rasa kagum dengan bahasa, mutu karya dan pilihan rencana yang menarik dengan tema 'debat hujah' iaitu usaha mendorong ke arah wacana segar berlandaskan hujah dan fakta serta menolak ketaksuban dan fitnah.
"Merujuk khusus ke Dewan Masyarakat, rencana mengenai politik taksub, debat hujah, ulasan buku 'The History of Java' dan penonjolan George Santayana merupakan pengolahan cermat dan berharga. Semoga ia dapat menambat minat khalayak
"Puisi pilihan 'Bahasa Tanpa Kasta' karya Abizal (Miri) ternyata mengalirkan jernih budi, menyejukkan kalbu setiap insan, menyeberangi sempadan benua, usia dan zaman," katanya. - Bernama
Bernama
Sun Apr 28 2024
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh pada 10.25 malam tadi waktu tempatan atau 3.25 pagi ini waktu Malaysia mengetuai delegasi negara pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF). - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.