KOTA KINABALU: Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas, berbanding 22,510 pada tahun lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima serta perubahan maklumat lain, seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain.
"Bagi penyelarasan program kemiskinan tegar di negeri ini, kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar, bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang 2024 atau 2025.
"Bagi tujuan pemadanan atau intervensi bantuan bersesuaian kepada miskin tegar, program ini akan meliputi lima aspek utama iaitu pekerjaan, keusahawanan, perumahan, pendidikan dan kebajikan," katanya menjawab soalan lisan Alias Sani (Warisan-Sekong), tentang apakah langkah kerajaan membawa Sabah keluar daripada kedudukan negeri termiskin di Malaysia.
Hajiji berkata bantuan atau intervensi ini, akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, syarikat swasta dan pemain industri.
"Setakat ini, sebanyak 27 agensi pemberi bantuan telah menyatakan komitmen dalam program ini, yang terdiri daripada 10 kementerian negeri Sabah, sembilan agensi kerajaan negeri, tujuh agensi kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri," katanya.
Beliau berkata kerajaan Sabah komited dalam usaha menangani isu kemiskinan melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 2021-2025, dan ia juga selari dengan hasrat kerajaan Persekutuan dalam menoktahkan miskin tegar di Malaysia.
Hajiji berkata secara prinsipnya, pengukuran kadar kemiskinan yang diguna pakai adalah berdasarkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk kemiskinan mutlak dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan untuk mengukur kemiskinan tegar.
"Bermula tahun ini, pelaksanaan program kemiskinan akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022, yang menyaksikan peningkatan daripada RM2,537 kepada RM2,742. Manakala, Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan meningkat daripada RM1,179 kepada RM1,218.
"Saya menyeru agar lebih banyak lagi syarikat di negeri ini akan tampil ke hadapan dengan turut serta dan menyumbang kepada kerajaan negeri, dalam memberikan ruang dan peluang kepada golongan miskin tegar ini dalam usaha merealisasikan Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Hajiji berkata perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima serta perubahan maklumat lain, seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain. - Gambar fail/Bernama
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Miskin tegar di Pulau Pinang bakal diselesaikan sepenuhnya hujung Mei ini
Kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha dan inisiatif kerajaan Persekutuan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
KUSKOP, Sekretariat SMJ bincang intervensi tangani miskin tegar Sabah - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) akan berbincang mengenai intervensi menangani kemiskinan tegar di negeri ini.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.