awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri kehilangan Jashiah: Keluarga merindui, bersolat hajat

Bernama
Bernama
10/01/2016
05:52 MYT
Misteri kehilangan Jashiah: Keluarga merindui, bersolat hajat
Jashiah masih belum dijumpai sejak dilaporkan hilang pada Oktober tahun lalu. - Gambar fail
"Tiada apa lagi yang saya harapkan pada tahun ini melainkan isteri saya ditemui dengan selamat," kata Ruzilan Omar, 58, suami kepada Jashiah Rabu, 54, yang hilang hampir tiga bulan lepas.
Jashiah yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu di sini yang juga ibu kepada empat orang anak, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober tahun lepas.
Beliau dikatakan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang sejauh kira-kira 10 kilometer.
Ruzilan berkata beliau sekeluarga tidak putus harapan dan sentiasa mendoakan agar isterinya sentiasa selamat.
"Saya dan keluarga sentiasa melakukan solat hajat dan berharap isteri saya sentiasa sihat dan baik.
"Kami juga amat merinduinya dan berharap dia akan kembali ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat," kata Ruzilan kepada Bernama.
BACA: Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihaknya masih melakukan siasatan dan pencarian berkala di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru bagi mengesan wanita berkenaan.
"Sehingga kini tiada petunjuk baru yang ditemui," katanya yang meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.
BACA: Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
BACA: Tiada petunjuk baharu, usaha mencari Jashiah Rabu temu jalan buntu
BACA: Polis guna alat pengesan haba cari guru besar Jashiah Rabu
Topic Berkaitan
#hilang
#Jashiah Rabu
#Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan