PUTRAJAYA: Modul Bimbingan (MOBIM) yang diperkenalkan pada Mac lalu telah memanfaatkan lebih 31,000 guru mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Inggeris Tahun Satu di seluruh negara.
Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikurulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Nor’aidah Nordin berkata, MOBIM telah membantu memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan panduan serta pelbagai strategi yang menyeronokkan.
“Dengan bantuan MOBIM, seorang guru bukan opsyen menyatakan beliau boleh mengajar mata pelajaran tersebut dengan baik. Ini adalah antara maklum balas yang diterima kami,” katanya menerusi sesi temu bual bersama Sinar Harian di sini pada Isnin.
Menurut Nor’aidah, MOBIM yang diperkenalkan itu merupakan pendekatan jangka pendek dilaksanakan oleh KPM susulan rungutan ibu bapa serta guru mengenai kandungan mata pelajaran.
“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Covid-19 melanda negara sebelum ini telah memperlihatkan beberapa kekangan yang dihadapi para guru, pelajar dan ibu bapa bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Apabila ibu bapa ikuti sesi PdPR bersama anak, kita terima maklum balas bahawa kandungan subjek itu ‘berat’ dan susah untuk diikuti,” ujar beliau.
Justeru katanya, MOBIM dihasilkan dengan libat urus pakar akademik dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) agar guru dapat memantapkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017).
“MOBIM ini turut membantu para guru memahami kurikulum serta menterjemah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan lebih berkesan,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau berkata, MOBIM dilaksanakan secara berperingkat dengan melibatkan guru Tahun Satu bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) serta di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Tamil (SKJC, SKJT).
“Selepas kira-kira 18 minggu bertungkus-lumus sejak November 2022, modul ini mula disebarkan kepada guru pada Mac lalu,” kata beliau.
Perluasan MOBIM
Pasukan BPK ketika ini katanya, sedang dalam proses menyediakan MOBIM untuk guru Tahun Dua dan Tiga yang dijangka siap pada Mac 2024.
Nor’aidah berkata, modul tersebut akan memberi penekanan dan strategi menggunakan bahan maujud, bergambar dan abstrak (CPA), integrasi standard pembelajaran (SP) serta strategi belajar melalui bermain.
“Ia disusun berdasarkan DSKP dan disertakan halaman buku teks serta buku aktiviti.
“Sebenarnya dengan MOBIM, guru-guru dapat ‘berkarya’ dengan mencipta idea serta kaedah pengajaran yang lebih berkesan mengikut kesesuaian pelajar mereka,” katanya dan menambah, terdapat cadangan aktiviti, nota guru dan lembaran kerja sebagai panduan yang memudahkan golongan guru.
Pada masa sama, MOBIM turut mengetengahkan ‘didik hibur’ iaitu pendekatan pembelajaran secara hands-on, permainan, nyanyian di samping pendekatan ansur maju iaitu mudah kepada sukar, konkrit kepada abstrak, kontekstual serta konstruktif turut digunakan.
Pautan infografik dan video katanya, turut disediakan bagi memudahkan para guru menerusi MOBIM.
“Sebaran MOBIM ini dibuat menerusi dua peringkat iaitu bermula kepada jurulatih daerah (JUD) mengikut struktur pendidikan.
“Kemudiannya, jurulatih peningkatan sekolah (SISC) akan menjemput guru mata pelajaran berkongsi mengenai manfaat MOBIM,” katanya yang turut menafikan modul itu akan menambah bebanan para guru.
Dalam pada itu, Nor’aidah menyarankan supaya para guru mengambil peluang menggunakan MOBIM yang amat membantu dalam PdP.
“Kita perlu faham dengan perubahan zaman cara dan kaedah lama tidak boleh lagi digunakan kepada murid pada masa ini, jadi MOBIM ini sangat membantu,” katanya.
Ketika ditanya mengenai pencapaian guru dan murid hasil daripada penggunaan MOBIM, Nor’aidah berkata, data tersebut akan diperoleh tahun hadapan.
“Kami masih belum dapat data lengkap tetapi ramai guru yang menggunakan MOBIM telah memberikan maklum balas yang positif,” katanya sambil menambah bahan dalam MOBIM akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Selain dibekalkan secara buku, katanya, MOBIM turut dimuat naik ke laman sesawang BKP bagi memudahkan guru untuk memuat turun lembaran kerja, sekali gus menjimatkan masa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 07 2023
Timbalan Pengarah Sektor Dasar Dan Penyelidikan Kurikulum, Dr Azwan Abd Aziz (dua, kanan) bersama Nor'aidah (dua, kiri) menunjukkan MOBIM Tahun Satu yang memanfaatkan guru dalam merancang PdP. - Foto Sinar Harian
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.