NATIONAL
Mohamad Hasan bincang isu berkepentingan bersama dengan rakan sejawatan dari Thailand

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand Maris Sangiampongsa menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand Maris Sangiampongsa menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, di sini.
"Mesyuarat kedua-dua menteri itu menyentuh isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," kata Kementerian Luar dalam hantaran di laman Instagram rasmi, hari ini.
Maris bersama rakan sejawatannya dari Laos, Thongsavanh Phomvihane tiba di Malaysia semalam.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" ialah tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.Selain mesyuarat peringkat ASEAN, sidang kemuncak kali ini juga akan menampilkan dua platform antara rantau yang penting, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.
Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitan dijangka menangani pelbagai isu serantau dan global yang mendesak, dengan situasi di Myanmar kekal menjadi topik kritikal yang menjadi perhatian utama negara anggota ASEAN.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami