Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, percaya Kerajaan Persekutuan tidak akan lupa untuk melantik sekurang-kurangnya seorang senator yang menjawat jawatan menteri atau timbalan menteri dari Kelantan dan Terengganu walaupun Pakatan Harapan (PH) gagal memenangi sebarang kerusi parlimen di kedua-dua negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh pakatan tersebut dan terserah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskannya.
"Saya yakin dua negeri ini tidak akan dilupakan, saya yakin akan ada (lantikan senator) lagipun sekarang ini Kabinet belum penuh lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mersa Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan anjuran Pakatan Harapan Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan 13 menteri Kabinet baharu dan jumlah akhir dijangka mencecah 28 orang setelah ditambah wakil dari Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, Amanah telah melantik sebuah badan khas untuk membuat kajian faktor kurang berjaya Amanah menarik sokongan rakyat di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang pada PRU14 lepas.
Beliau berkata badan itu yang tidak diberikan had tempoh kajian perlu mengemukakan kritikan dan pandangan bagaimana untuk Amanah dan Pakatan Harapan dapat menawan ketiga-tiga negeri itu pada PRU15.
Kelantan dan Terengganu kini ditadbir oleh PAS manakala Pahang diperintah oleh Barisan Nasional. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 17 2018
Sabu (tengah) bersalaman bersama orang ramai pada Majlis Mesra Aidilfitri di RTC Tunjong pada Ahad. - BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.