KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperkenalkan inisiatif perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) di Lembah Klang sebagai pengangkutan alternatif dalam usaha memperkasakan kesalinghubungan pengangkutan awam.
Menterinya Anthony Loke berkata perincian mengenai pelaksanaan insiatif itu, yang menyasarkan perkhidmatan di kawasan batuan pertama dan terakhir yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan bas awam, akan diumumkan kelak.
Beliau berkata sebahagian peruntukan RM50 juta bagi memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam di bawah Belanjawan 2024 akan digunakan untuk membeli van dan pengoperasiannya akan diselia oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
"Van ini sebagai usaha menyelesaikan isu pengguna batuan pertama dan batuan terakhir... kita faham tak semua kawasan perumahan ada laluan bas.
"Konsepnya seperti e-hailing. Perkhidmatan itu tiada laluan khas, namun kita akan tempatkan di kawasan yang strategik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.
Loke berkata menerusi inisiatif itu, MOT juga berhasrat agar Prasarana menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan DRT untuk memperluaskan perkhidmatan berkenaan.
Dalam pada itu, MOT dijangka membentangkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33) berhubung kesalahan memandu di lorong bas pada tahun hadapan sebagai langkah meningkatkan keberkesanan lorong itu serta mengelakkan laluan khas itu terus disalahgunakan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata pindaan itu akan membolehkan pegawai penguat kuasa mengeluarkan kompaun berdasarkan kesalahan yang dirakam kamera pemantauan.
"Sekarang ini kita hanya meletakkan pegawai penguat kuasa seperti polis trafik dan anggota JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di lorong-lorong bas untuk memastikan tiada pengguna lain salah guna laluan itu.
"Cara ini kita lihat kurang efektif, kita menuju ke arah penguatkuasaan pintar iaitu menggunakan alatan pengimbas nombor kenderaan persendirian yang menggunakan laluan bas... ini kita akan laksanakan kemudian," katanya.
Loke berkata ketika ini MOT akan meneruskan usaha advokasi larangan penggunaan laluan bas bagi kenderaan persendirian dan kaedah itu dijangka diteruskan dalam tempoh setahun sebelum penguatkuasaan saman atau kompaun dimulakan bagi kesalahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Loke berkata menerusi inisiatif itu, MOT juga berhasrat agar Prasarana menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan DRT untuk memperluaskan perkhidmatan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Khazanah tiada perancangan jual pegangan MAHB -- Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tiada pengumuman rasmi daripada Khazanah berhubung hasrat untuk menjual pegangannya dalam MAHB.
Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh diteruskan - Loke
Kementerian Pengangkutan telah membuka Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi meneruskan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Pengekalan SST enam peratus bagi penerbangan domestik dibincang minggu ini - Loke
Anthony Loke berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan pada Mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
Rider tuntut kadar upah perjalanan asal dikembalikan
Kumpulan rider terbabit memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.