KUALA LUMPUR: Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyediakan program maklumat, pendidikan reproduktif, dan aspek kehidupan yang komprehensif buat semua remaja, sebagai usaha bagi mencegah kehamilan yang tidak diingini dalam kalangan mereka.
Persatuan itu berkata dengan mengambil tindakan bersifat menghukum dan mengabaikan pendekatan pendidikan, ia akan menghalang kalangan mereka hamil di luar nikah mendapatkan bantuan, dan kemudiannya ibu muda ini akan cuba menyelesaikan masalah itu, yang akan membawa kepada gejala bayi ditinggalkan di tempat yang tidak selamat.
"Remaja kita menggunakan pelbagai sumber maklumat seks dalam mencari penyelesaian berikutan kekurangan program pendidikan reproduktif dan kehidupan yang komprehensif untuk mendidik mereka yang aktif secara seksual ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Persatuan itu berkata demikian sebagai merujuk kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang antara lain meletakkan kehamilan tanpa nikah sebagai kesalahan jenayah.
Menurutnya tindakan menganggap wanita hamil sebelum bernikah sebagai jenayah, jelas gagal memahami isu yang lebih besar mengenai penyakit sosial ini, yang akan memberi kesan buruk kepada nasib wanita dan anak mereka yang belum lahir.
Persatuan itu juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menganjurkan kempen kesedaran mengenai kesan berbahaya kehamilan remaja terhadap kesihatan, peluang melanjutkan pelajaran dan kesejahteraan sosial.
"Selain itu, pihak berkuasa harus menyediakan perkhidmatan yang bukan bersikap menghukum, belas kasihan dan sokongan kepada gadis dan pasangan mereka yang menghadapi kehamilan yang tidak diingini; tanpa mengira umur, bangsa, agama atau status perkahwinan, di samping melindungi kesihatan fizikal serta mental mereka melalui penyediaan perkhidmatan antenatal empati dan keselamatan.
"Paling penting, remaja perlu dihalang daripada berhenti sekolah. Tindakan melindungi mereka sehingga pendidikan menengah telah terbukti dapat mengurangkan tingkah laku berisiko tinggi, termasuk kehamilan remaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
MPA berkata tindakan menganggap wanita hamil sebelum bernikah sebagai jenayah, jelas gagal memahami isu yang lebih besar mengenai penyakit sosial berkenaan. - Gambar hiasan/ AFP Relax
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA
Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 yang dinaiki individu tidak dikenali pada 10 April lalu telah ditemukan dan semua 20 anak kapal dalam keadaan selamat.
Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA
Terdapat 20 kru dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura.
MPA gesa program khusus bagi remaja dalam usaha cegah kehamilan tidak diingini
MPA menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyediakan program maklumat, pendidikan reproduktif, dan aspek kehidupan yang komprehensif buat semua remaja.
Status janda bukan lagi stigma dalam masyarakat - Pakar psikologi
Peredaran zaman serta peranan wanita yang kian penting dalam menyumbang kepada ekonomi keluarga turut mempengaruhi cara melihat institusi kekeluargaan itu sendiri.
Bukan cari perhatian jika luah perasaan di radio - Pakar psikiatri
Ia boleh diibarat satu hobi, sama seperti bercuti, beriadah atau mendengar muzik.
Singapura akan pastikan sektor pengisian bahan api kekal kukuh - Menteri Pengangkutan
Keutamaan Singapura adalah memastikan sektor pengisian bahan api untuk kegunaan kapal kekal kukuh, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.
COVID-19: Ketakutan kepada penyakit sebabkan kesan emosi yang teruk
Ketakutan atau kebimbangan mengenai penyakit boleh mendatangkan kesan emosi yang teruk bagi sesetengah individu.
Lebih banyak peruntukan diperlukan tangani kemurungan - Lee Lam Thye
Kementerian Kesihatan digesa pertimbang lebih banyak peruntukan pada masa hadapan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kemurungan.
Stres menjelang raya: Kesan, punca dan kaedah menangani
Mengikut skala inventori stres Holmes - Rahe (Holmes-Rahe stress Inventory), perayaan utama turut menyumbang kepada stres dan berada di tangga ke 42 dalam skala faktor penyumbang stres.
Malaysia dan Singapura gantung had pelabuhan bertindih
Malaysia dan Singapura hari ini menggantung had pelabuhan bertindih dan melaksanakan had pelabuhan masing-masing yang berkuat kuasa pada 25 Okt dan 6 Dis 2018.