KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil tindakan tegas termasuk penamatan kontrak dengan serta merta terhadap jurulatih yang didapati bersalah terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN.
MSN dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Salah Laku Dalam Sukan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan salah laku seksual seorang jurulatih para renang terhadap atlet di bawah jagaannya yang dilaporkan media masa baru-baru ini.
"Dakwaan salah laku itu diterima MSN pada minggu lalu dan jawatankuasa telah memulakan siasatan dengan segera termasuk menemubual pihak-pihak yang berkaitan.
"Kerjasama penuh juga diberikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuka kertas siasatan, termasuk mencari cara tindakan yang mesra dan melindungi privasi atlet terlibat," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MSN turut memohon kerjasama pihak media dan masyarakat umum supaya tidak mencetuskan sebarang spekulasi mahupun maklumat tidak tepat bagi menjaga kebajikan atlet selian mengelak daripada persepsi negatif yang mampu menjejaskan proses siasatan.
MSN juga menegaskan tidak pernah menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaharu ini.
"MSN menolak dakwaan bahawa MSN cuba menutup atau tidak mengendahkan laporan yang pernah dibuat adalah tidak berasas sama sekali.
"MSN menjulang dan menguatkuasakan semua peraturan dalam Kod Sukan Selamat dan sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran selamat kepada semua atlet yang mengikuti program latihan kendalian MSN," menurut MSN.
Hari ini, sebuah media tempatan melaporkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan seorang jurulatih para telah disiasat kerana melakukan gangguan seksual keatas seorang atlet para bawah umur.
Menurut laporan itu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memaklumkan badan induk itu telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara itu daripadaPersatuan Renang Para Malaysia (MPSA) minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil tindakan tegas termasuk penamatan kontrak dengan serta merta terhadap jurulatih yang didapati bersalah terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN
Katanya, MSN akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Malaysia harus berani anjur Sukan Komanwel 2026 - Dr Ramlan
Dr Ramlan berpendapat pelaburan kewangan 100 juta pound daripada CGF akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026.