awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Adib sudah tiada, MB Selangor harap penjenayah dihukum sekeras-kerasnya

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2018
15:10 MYT
Muhammad Adib sudah tiada, MB Selangor harap penjenayah dihukum sekeras-kerasnya
AMIRUDIN: Sekiranya terbukti wujudnya elemen jenayah maka saya berharap penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya. - BERNAMA/Fail
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berharap jika terbukti wujudnya elemen jenayah dalam kes di Kuil Sri Maha Mariamman, penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.
Amiruddin berkata demikian dalam satu kenyataan susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu.
"Kerajaan Negeri Selangor berdukacita atas pemergian beliau dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
"Manakala itu saya mengulangi keyakinan saya akan kemampuan pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara untuk menyempurnakan siasatan terhadap kes ini.
"Sekiranya terbukti wujudnya elemen jenayah maka saya berharap penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya.
Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.
Difahamkan, jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah malam ini untuk dikebumikan.
Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
BACA: Proses rakam keterangan Muhammad Adib belum dijalankan - Fuzi
BACA: Tangkapan insiden kuil kini 102 individu - Mazlan
BACA: Empat lelaki disyaki cederakan Adib dibebaskan
BACA: Polis tunggu Adib kembali pulih sebelum ambil keterangan - IGP
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#bomba
#MB Selangor
#meninggal dunia
#Muhammad Adib Mohd Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan