KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah cuba menyembunyikan 'identiti' wang berjumlah RM9.5 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pinjaman, sedangkan wang tersebut adalah bayaran khidmat guaman kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Farid Jabar, 37, berkata berdasarkan kepada dua rakaman percakapan yang diambil oleh SPRM pada 2017 dan 2018, Muhammad Shafee menyatakan bahawa wang RM9.5 juta itu adalah bayaran khidmat guaman, namun dalam satu rekod percakapan dan kenyataan media, peguam itu memberitahu wang tersebut adalah pinjaman.
"Pada awalnya, Tan Sri Shafee dirakam percakapan (dua rakaman pada 2017 dan 2018) sebagai saksi berkaitan penerimaan wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib yang mana Tan Sri Shafee adalah salah seorang yang menerima wang daripada Datuk Seri Najib yang ketika itu Datuk Seri Najib disiasat oleh SPRM.
"Penjelasan Tan Sri Shafee menerusi dua rekod percakapan yang saya peroleh, jelas membuktikan bahawa penerimaan RM9.5 juta itu merupakan bayaran yuran guaman bagi kes-kes petisyen pilihan raya tahun 2004 dan 2006 yang telah selesai," katanya dan menambah dua rekod percakapan itu diambil oleh dua pegawai SPRM.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz pada perbicaraan kes peguam itu yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Mohamad Farid berkata, beliau telah mengemukakan aduan pada 4 Sept 2018, yang menjurus kepada kesalahan penerimaan wang RM9.5 juta oleh Muhammad Shafee yang peguam kanan itu merupakan suspek dalam kertas siasatannya.
"Siasatan yang dibuat oleh saya adalah menjurus kepada sama ada penerimaan dua cek berjumlah RM9.5 juta telah diisytiharkan di dalam Borang B Tahun Taksiran (LHDN) 2013 dan 2014, daripada situ siasatan saya mendapati bahawa tiada laporan yang dibuat.
"Siasatan saya juga mendapati, berdasarkan rakaman percakapan dan kenyataan media, beliau (Muhammad Shafee) cuba menyembunyikan identiti sebenar penerimaan RM9.5 juta yang diterima olehnya sebagai pinjaman, sedangkan duit RM9.5 juta itu merupakan bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan oleh Tan Sri Shafee kepada UMNO dan BN," katanya.
"Selain itu, cek (RM9.5 juta) itu dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib kepada Tan Sri Shafee kerana kes-kes petisyen pilihan raya 2004 dan 2006 telah selesai dilaksanakan," jelasnya.
Selepas saksi pendakwaan terakhir itu selesai memberi keterangan, Afzainizam kemudian memaklumkan kepada Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa pihak pendakwaan telah menutup kes.
"Pihak pendakwaan menutup kes pada hari ini setelah memanggil lapan saksi. Pendakwaan tidak menawarkan saksi kepada pihak pembelaan," katanya.
Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan dan Hakim Muhammad Jamil kerana mendengar kes itu.
Hakim Muhammad Jamil kemudian memerintahkan kedua-dua pihak menyerahkan nota prosiding pada 12 Jun ini untuk mahkamah meneliti nota tersebut dan dibandingkan dengan transkrip rakaman mahkamah (CRT) bagi menentukan ketepatannya.
"Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 26 Julai dan hujahan lisan ditetapkan pada 15 Sept," katanya.
Antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes yang bermula 21 Mei 2021 ialah Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi; Pengurus Cawangan CIMB Bank Bukit Tunku, Rosnita Ahmad dan bekas pegawai LHDN, Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya, iaitu cek RM4.3 juta diterima pada 13 Sept 2013 manakala RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram. - BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Mahkamah Tinggi diberitahu peguam Muhammad Shafee Abdullah cuba menyembunyikan 'identiti' wang berjumlah RM9.5 juta yang diterima daripada Najib Razak sebagai pinjaman, sedangkan wang tersebut adalah bayaran khidmat guaman kepada UMNO dan BN.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Tunggakan cukai: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Pendakwaan tarik balik rayuan, keputusan lepas dan bebas Shafee kekal
Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.