Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau biarpun ia dianggap kubu kuat PAS.
Muhyiddin berkata BN pernah memenangi kerusi DUN Sungai Limau sebelum ini dan tidak mustahil kejayaan yang sama dicapai dalam pilihan raya kecil kali ini.
"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh PAS yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).
"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya DUN Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di sini, Selasa.
BN pernah memenangi kerusi DUN Sungai Limau ketika ia dikenali dengan nama DUN Sala.
Katanya BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan DUN Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pengundi serta membantu mereka.
Muhyiddin berkata BN mahu berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu kerana mengetahui sebahagian besar penduduknya terbabit dalam sektor pertanian.
"Ada pesawah, ada nelayan, ada kerja sendiri. Itu (berkhidmat kepada rakyat)tujuan kita untuk tawarkan diri bertanding. Kita akan ambil pendekatan cukup berhemah. Ceritakan yang baik, yang hak supaya pengundi beri pertimbangan sewajarnya kepada calon (BN)," kata Muhyiddin.
Katanya BN perlu memahami kehendak setiap pengundi dan walaupun dikatakan 'underdog', kemenangan tidak mustahil dicapai kerana sifat manusia boleh berubah.
"Kita faham manusia boleh berubah kalau guna strategi berhemah. Kena faham kehendak setiap pengundi. Pengundi adalah raja, kena faham kehendak dan aspirasi mereka. Jentera parti kena jumpa mereka dan jelaskan perjuangan parti. Ada syarat-syarat perlu dipenuhi uuntuk capai kemenangan," katanya.
Muhyiddin berkata walaupun ketika ini Umno turut menghadapi pemilihan parti di peringkat bahagian pada 12 dan 19 Oktober ini, beliau telah diberikan jaminan oleh pimpinan Umno Bahagian Jerai, ia tidak akan menjejaskan persiapan menghadapi PRK.
Astro Awani
Tue Oct 08 2013
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.