UMNO perlu segera mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tindakan bekas timbalan perdana itu bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu hanya untuk kepentingan diri sahaja.
"Muhyiddin pernah menjadi timbalan presiden UMNO serta anggota Kabinet...sepatutnya dia gunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hati dan bukan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Tindakan Muhyiddin itu amat dikesali dan tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana ahli UMNO," katanya Hamzah, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, di sini hari ini.
Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib.
Penandatanganan lain termasuk Muhyiddin bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Di Kuching, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata deklarasi tersebut membuktikan politik terdesak di Semenanjung akibat ketandusan idea oleh pakatan pembangkang dan dendam perbadi oleh Dr Mahathir.
"Adalah menjijikkan untuk melihat PKR dan DAP kehilangan saki baki integriti politik untuk bergabung tenaga dengan seorang pemimpin yang PKR dan DAP Sarawak berulang kali mengutuk kerana mengabaikan pembangunan negeri itu.
"Adalah satu fakta yang jelas bahawa tida ada bekas perdana menteri yang menjaga atau melakukan sumbangan besar kepada kebajikan dan pembangunan Sarawak berbanding Najib.
"BN Sarawak mengiktirad ini dan kami berkerja berdasarkan sumbangan sebenar dan bukan kerana politik terdesak," kata Menteri Kerjaya itu dalam kenyataan di sini.
Di Kuala Lumpur, Anggota MT UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata tindakan Dr Mahathir itu semakin tidak rasional dan lebih bersifat peribadi serta cuba mempertikaikan sistem demokrasi negara.
"Sebagai seorang negarawan, sudah pasti Dr Mahathir mempunyai pengalaman dalam memperjuangkan UMNO, namun tindakannya duduk sebaris dengan pembangkang terutamanya DAP telah mendukacitakan sesetengah rakyat," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya keputusan Dr Mahathir keluar UMNO dengan bersekongkol bersama pembangkang juga telah mensia-siakan segala usaha para anggota UMNO yang pernah berjuang dalam parti sewaktu beliau menjadi presiden.
Irmohizam, yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor, juga kecewa dengan tindakan bekas presiden UMNO itu yang berpaling tadah sebelum perang Pilihan Raya Umum ke-14 bermula.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menganggap gerakan deklarasi rakyat itu aalah satu kesepakatan 'songsang' dan 'ibarat keluarga 69'.
Ketuanya Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata mereka seolah-olah sebuah gerakan yang begitu terdesak dan terpaksa bergantung harap kepada musuh politik utama hanya semata-mata ingin memenuhi tuntutan nafsu serakah.
Beliau menegur tindakan Muhyiddin menyertai deklarasi itu kerana ia telah tersasar dari perjuangan asal UMNO dan mencadangkan Muhyiddin keluar UMNO jika terbeban dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak dalam parti.
Di Shah Alam, Badan Perhubungan UMNO Selangor menyifatkan tindakan Dr Mahathir berkerjasama dengan pembangkang itu sebagai tidak menghormati mandat yang diberikan rakyat.
Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan Dr Mahathir tidak sepatutnya berlaku kerana proses menukar perdana menteri perlu melalui Perlembagaan dan bukannya melalui demonstrasi jalanan ataupun melalui memorandum.
Badan Perhubungan UMNO Selangor akan tetap terus menyokong Najib dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menerajui saf kepimpinan negara.
"Kita juga mahu supaya semua rakyat dan ahli UMNO khasnya, bersatu dan menghormati mandat yang telah diberikan kepada perdana menteri untuk menerajui negara ini," katanya.
Di Alor Setar, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Johari Baharom menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpengaruh dengan agenda pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sepatutnya beliau (Dr Mahathir) sedar bahawa perjuangan parti (UMNO) untuk mempertahankan pemimpin sedia ada, mengatasi kepentingan peribadi seperti yang berlaku ketika zaman pemerintahannya.
Ketika itu ahli dan kepimpinan UMNO mempertahankan beliau (Dr Mahathir) daripada dijatuhkan oleh pakatan pembangkang sehingga kekal menerajui negara dan UMNO dalam tempoh 22 tahun," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.
Mohd Johari berkata beliau turut kecewa dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang turut terlibat bersama pembangkang menandatangani deklarasi itu kerana Mukhriz dilihatnya mempunyai masa depan dalam arena politik.
Mengulas mengenai deklarasi itu, beliau menyifatkan perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion sudah dijelaskan sebelum ini.
Katanya isu berkenaan sengaja dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu.
Pemuda UMNO Pahang turut melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin UMNO yang berubah sikap setelah tiada kuasa dan memegang sebarang jawatan.
Mereka sanggup bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, katanya.
Ketuanya, Mohd Shahar Abdullah membidas tindakan Dr Mahathir yang asyik 'keluar masuk parti'.
Beliau berkata, "Budaya ini tidak boleh dibenarkan kerana ia akan menjadi budaya kepada ahli UMNO lain dengan tujuan untuk mengugut pucuk pimpinan parti agar akur dengan kehendak mereka.
"Tingkah laku buruk sebegini merupakan teladan tidak baik untuk diwarisi kepada generasi pelapis," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Shahar berkata Pemuda UMNO Pahang menyokong penuh kepimpinan Najib,sebagai presiden UMNO dan perdana menteri.
Ia juga menyambut baik tindakan Majlis Tertinggi UMNO terhadap ahlinya yang
melanggar perlembagaan parti termasuk tindakan menggantung jawatan timbalan
presiden UMNO terhadap Muhyiddin, katanya.
Bernama
Sat Mar 05 2016
Tindakan bekas timbalan perdana itu bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu hanya untuk kepentingan diri sahaja. - Gambar fail
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.